"Persidangan Dubar Singapura 1890"(mungkin wajah ini boleh dikaitkan dengan wajah sebenar Tok Gajah ?)
Sehinga ke hari ini ramai pihak masih berteka-teki akan wajah sebenar Pahlawan Pahang yang bernama Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu
Abd Salam dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan
gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan
penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala
hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir
sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa
dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti
sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga
Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang
Besar Empat di Pahang.
Banyak sekali fakta yang telah diputar belitkan dengan i
mej -imej lain dimuatnaikkan di internet dan media sosial mengatakan akan wajah pahlawan ini . Malangnya ianya bukanlah wajah sebenar Tok Gajah seperti yang didakwa pada gambar dibawah ini :
Sebelum ini ramai mungkin telah tertipu dan ketahuilah bahawa tokoh yang dianggap sebagai Tok Gajah di dalam gambar
tersebut (duduk bersila memakai serban, memikul pedang kerajaan)
sebenarnya adalah gambar hulubalang Tuanku Muhammad Negeri Sembilan. Gambar ini diperolehi daripada entri
GAMBAR PERJUMPAAN (DURBAR) RAJA-RAJA MELAYU KUALA KANGSAR 1897 gambar disebelahnya tidak mendapat buitan lanjut cuma gambar ini pernah juga tersebut dan dikaitkan dengan Tok Gajah.
Gambar disebelah kiri didakwa adalah gambar sebenar Tok Gajah dan gambar disebelah kanan
hanya illustrasi. Difahamkan wajah
Tok Gajah sekiranya di teliti menurut sumbernya imej Tok Gajah mukanya berkomplesi lonjong, ada kesamaan dengan wajah dibawah ini .
Sekira
berlaku kesilapan fakta harap maafkan penulis kerana penulis juga tidak
mempunyai bukit dan pendapat yang kukuh mengatakan mana-mana gambar dan imej diatas
adalah wajah sebenar Tok Gajah. Sebarangan pendapat dan pandangan berkaitan dengan wajah sebenar Tok Gajah anda bolehlah berkongsi diruangan komen dibawah. Terima kasih.
Entri Berkaitan :
BIODATA IMAM RASU BIN SHAHRUM ( TOK GAJAH )
GAMBAR PERJUMPAAN (DURBAR) RAJA-RAJA MELAYU KUALA KANGSAR 1897
GAMBAR TENGKU BESAR MAHMUD DAN DATO BAHAMAN DURBAR SINGAPURA 1890
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.