Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

15 Jul 2011

BIODATA IMAM RASU BIN SHAHRUM ( TOK GAJAH )

Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu Abd Salam dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
Beliau juga merupakan ketua pasukan Sultan dalam penentangan terhadap penjajah British bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.

Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.

Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Sumber :  http://wapedia.mobi/ms/Tok_Gajah
 

Namun menyedihkan apabila makam Tok Gajah, pahlawan melayu yang terkenal dengan keperwiraan menentang penjajah Inggeris pada 1890-an di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang di sini, menjadi tempat tahi judi melakukan pemujaan bagi mendapatkan nombor ekor. Lapuran Harian Metro hari ini mendapati makam tokoh yang meninggal dunia pada 1901 itu tidak terurus dan menurut cerita penduduk kampung, ia turut menjadi tumpuan perbuatan khurafat kaki judi yang dipercayai orang luar.
(Dato bahaman gambar daripada "Durbar Singapura 1890)

Paling baru sekumpulan kaki nombor ekor dilihat penduduk memasuki kawasan makam itu pada Februari lalu dan dipercayai menjalankan kegiatan pemujaan bermula jam 12 malam hingga awal pagi. Penduduk hanya menyedari perbuatan khurafat itu apabila melihat kesan lilin yang ditinggalkan di kawasan makam berkenaan keesokannya.

Sebaiknya ada pihak tertentu yang mengawal selia makam Pahlawan ini. Kerana jasa pengorbanannya pada Negeri ini tidak ternilai. Alfatihah buat pahlawan kita amin semoga rohnya dicucuri rahmatNYA jua. Nota Kaki :  Penulis tidak dapat mempastikan gambar diatas adalah gambar sebenar beliau yang bernama Tok Gajah.

Wassalam, Wa'allahhualam. :
 

6 ulasan:

  1. Pahang memang mempunyai ramai pahlawan. Moga roh para pejuang ini berada di kalangan orang2 beriman..amin...

    BalasPadam
  2. salam Yassin..
    perginya tak kembali lagi
    tapi jasanya yang di tinggalkan
    demi kesenangan kita sepanjang
    zaman..moga Allah mencucuri
    rahmat ke atas rohnya..

    BalasPadam
  3. bes amat weh
    baca sejarah lama-lama nih
    tq berkongsi info

    BalasPadam
  4. Apa pengorbanan mereka ni? Dia cuma buat kerja dia sebab bertugas sbg Pembesar Negeri Pahang..selepas melarikan diri bila keluar arahan tangkapan.. boleh tak perjelaslan apa sumbangan mereka kpd negara sebenarnya? ,apa yg sy paham mereka cuma buat kerja yg yang diarahkan oleh Sultan sbg Pembesar Negeri..itu kan tanggungjawab tugas sahaja.. ada maklumat yg boleh membantu tak sehingga semua org2 kaya zaman dahulu ini dianggap sbg pahlawan negeri pahang?

    BalasPadam
  5. Kisah anak dia Mat Kilau pun sy xjelas sgt...apa yg hebat disebalik kisah dia menyorok dan melarikan diri? Tiba2 kita angkat dia sbg Pahlawan Melay bila dia keluar semula dr tmpt persembunyian.. Apa pengorbanan Mat Kilau sebenarnya? Dia cuma anak pembesar negeri dan terlibat secara xlangsung sbb ikut bapa dia iaitu Tok Gajah.. itu saja maklumat yg ada..

    BalasPadam
  6. Kisah anak dia Mat Kilau pun sy xjelas sgt...apa yg hebat disebalik kisah dia menyorok dan melarikan diri? Tiba2 kita angkat dia sbg Pahlawan Melay bila dia keluar semula dr tmpt persembunyian.. Apa pengorbanan Mat Kilau sebenarnya? Dia cuma anak pembesar negeri dan terlibat secara xlangsung sbb ikut bapa dia iaitu Tok Gajah.. itu saja maklumat yg ada..

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!