Selamat datang ke akuanakpahang

Waktu Solat Hari ini : Jerantut, Maran, Temerloh, Chenor Dan Bera.
ARTIKEL UTAMA

TANGGUH PENGSWASTAAN JBA PAHANG ATAU BANTAHAN SECARA BESAR-BESARAN!


 Keratan Sinar Harian Pahang 30Hb.Jan.2012

Penuh dengan pro dan kontranya...
Seramai 1,700 pegawai dan pekerja Jabatan Bekalan Air Pahang akan mengadakan bantahan besar-besaran sekiranya permintaan mereka untuk menangguhkan pengkorporatan dan pengswastaan agensi itu tidak dipedulikan dalam tempoh 14 hari.

"Sepatunya pihak berkenaan terlebih dahulu menyelesaikan isu SPBA sebelum meneruskan agenda Pengkorporatan JBA Pahang. Perkara ini dibuat secara tergesa-gesa sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak khususnya kakitangan JBA sendiri"

"Cuepacs tiada pilhan lain kecuali bertindak mengadakan bantahan besar-besaran membabitkan semua kakitangan JBA Pahang. Sekiranya Pengkorporatan ini diteruskan kerajaan, walaupun ianya mendapat bantahan rakyat ".

Menurutnya pekerja terlibat belum mendapat maklumat secara menyeluruh berkaitan terma dan syarat menambah baik perkihdmatan mereka atau sebaliknya. - Sumber Sinar Harian Pahang.

Dek kerana isu mengkorporatkan JBA Pahang ini menyebabkan semua kakitangan JBA Pahang di dalam dilema. Boleh dikata semua dokumen telah lengkap dan telah siap pastinya ianya melibatkan banyak kos dan tenaga, yang pastinya kami pekerja "bagaikan kera jatuh anak". 

AAP - Semoga tidak ada pihak yang terinaya.


Wassalam, Wa'allahhualam.
KLIK PESANAN PENAJA BLOG AKU ANAK PAHANG
[ KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA & HOME ]
KLIK DAN LIHAT ARTIKEL TERKINI!