Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

2 Feb 2014

GAMBAR PERJUMPAAN (DURBAR) RAJA-RAJA MELAYU KUALA KANGSAR 1897

Kebenaran Foto Durbar Pertama Kuala Kangsar Perak. Dimanakah kebenarannya?  FOTO DURBAR PERTAMA  KUALA KANGSAR, PERAK PADA 14HB -17HB JULAI 1897

Selama puluhan atau mungkin sudah ratusan tahun gambar foto Raja-Raja Melayu yang bermesyuarat buat kali pertama di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Telah disalahtafsir secara bebas tanpa sebarang teguran oleh pihak yang berkenaan, terutama sekali pihak Arkib Negara Malaysia dan Muzium Negara. Apakah kesalahan yang paling menjolok mata di dalam pentafsiran masyarakat itu? Mereka mengatakan bahawa terdapat sebilangan tokoh pahlawan Pahang yang ikut serta di dalam sesi foto tersebut iaitu Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau dan Mat Lela.

Umum mengetahui bahawa Perang Bahaman telah tamat di Pahang pada tahun 1895 dengan berundurnya para pemimpin ulung perjuangan tersebut iaitu Tok Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah ke Terengganu, Kelantan dan Siam. Antara mereka, ada yang kononnya dikatakan “telah mati”, dibawa askar Siam ke Bangkok atau pun menghilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Tiga tokoh pahlawan Pahang tersebut adalah duri dalam daging bagi pemerintah kolonial British, dan sejumlah wang ditawarkan bagi menangkap mereka, sama ada hidup atau pun mati. Marilah masyarakat sama-sama berfikir, ajakan ini terutama sekali ditujukan buat anak-anak Pahang dan para pewaris pahlawan Pahang yang disebutkan namanya itu, apakah logik Pahlawan Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang sudah berundur diri ke luar Pahang pada tahun 1895 tiba-tiba kembali pula mengiringi Sultan Ahmad ke Kuala Kangsar pada tahun 1897 dan seterusnya ikut bergambar bersama para pegawai penjajah yang sangat ingin melihat mereka mati di tali gantung selama ini??

Ketahuilah bahawa tokoh yang dianggap sebagai Tok Gajah di dalam gambar tersebut (duduk bersila memakai serban, memikul pedang kerajaan) sebenarnya adalah hulubalang Tuanku Muhammad Negeri Sembilan di samping tokoh yang berserban dan memikul keris panjang kerajaan yang dikatakan sebagai Tok Bahaman (A dan B, lihat gambar). Rajin-rajinlah pergi menyelidik dokumen dan gambar lama Kerajaan Negeri Sembilan di Arkib Negara, nescaya kita akan lihat kedua-dua tokoh tersebut berdiri terpacak di samping Tuanku Muhammad sambil menyandang senjata kebesaran Kerajaan Negeri Sembilan yang sama... Tokoh yang dikatakan sebagai Mat Kilau dan Mat Lela pula (C dan D, lihat gambar) sebenarnya adalah dua daripada “Tiga Kundang” iaitu penjawat Sultan Idris Perak. Kalau dilihat lain-lain gambar foto Kerajaan Negeri Perak, kita akan bertemu juga dengan wajah tokoh-tokoh tersebut di dalamnya.

Lebih mengharukan lagi apabila sesetengah pihak dengan penuh keyakinan menunjuk pula tokoh yang duduk bersila di hadapan Sultan Ahmad Pahang, memakai songkok hitam dan memangku Puan Kerajaan Pahang sebagai almarhum Orang Kaya Haji Lipis (Wan Daud bin Wan Pahang), sedangkan beliau telah kembali ke rahmatullah lapan tahun terdahulu apabila terbunuh ditembak dengan peluru emas pada penghujung Disember tahun 1889!!

Sesetengah pihak di Pahang malah lebih hebat lagi dengan menukar tarikh foto tersebut kepada 1878 pula demi untuk mengesahkan keberadaan atau kewujudan setiap tokoh pahlawan kesayangan mereka di dalamnya. Ketahuilah, bahawa tindak-tanduk yang melampau seumpama inilah yang akan menjadikan para pahlawan yang juga nenek moyang kita itu sebagai bahan senda-gurau generasi terkemudian, apalagi oleh bangsa asing yang sentiasa meremehkan perjuangan bangsa kita untuk kemerdekaan tanah air yang tercinta.

Mereka-mereka itu memang pahlawan yang patut kita cintai dan teladani, setiap anak-anak Pahang yang menghargai perjuangan para pahlawan mereka masih terasa kehangatan perjuangan mereka hingga kini, apatah lagi majoriti daripada kita ini saling bertali darah kekeluargaan dengan mereka, tetapi hendaknya tempatkanlah mereka itu di singgahsana kemuliaan yang sepatutnya berlandaskan hak-hak agama, jangan disaluti dengan ketaksuban dan dihiasi dengan bunga-bunga dongeng yang tidak tentu hujung pangkalnya!

Bahkan amat mendukacitakan sekali kerana pernah dijumpai artikel pameran yang dibuat oleh Arkib Negara sendiri telah terikut-ikut dengan penyebaran fakta yang tidak benar tersebut.

Lihatlah pula rekod di Arkib Negara sendiri yang mencatatkan mengenai kehadiran wakil-wakil Pahang sempena Durbar di Kuala Kangsar tersebut.Minutes of the Session of The Council of Chiefs of the Federated Malay States Held at The Astana Negara, Kuala Kangsaron the 14th, 15th, 16th and 17th Days of July 1897. Sumber - MISC, Koleksi Terbitan Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, hlmn 2.

Yang hadir seperti rekod adalah (perwakilan Pahang) :

1. Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali
2. Tengku Ali bin Sultan Ahmad
3. Engku Muda Wan Mansur bin Bendahara Tun Ali
4. Engku Bendahara Sri Maharaja, Engku Ngah bin Engku Tanjung
5. Tuan Mandak Said Ali al-Jufri
6. Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim bin Jaafar
7. Imam Perang Indera Setia Raja Che Samat

Inilah sahaja jumlah Orang Besar-Besar Pahang yang hadir pada mesyuarat tersebut mengiringi Marhum Sultan Ahmad. Yang direkodkan tidak hadir ialah Tengku Mahmud bin Sultan Ahmad.

Oleh itu, pendapat masyhur yang menyenaraikan “kehadiran” Orang Kaya Haji Wan Daud, Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi dan sebagainya di dalam gambar beramai-ramai ketika mesyuarat tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali! Sejarah tetap sejarah! Yang benar berdiri dengan sendirinya! -

AAP - Apakah benar dakwaan penulisnya tidak dapat dipastikan. Tapi ada kebenarannya, yang pastinya gambar ini telah lama disajikan kepada kita semua dengan berbagai kisahnya. Penulis juga agak keliru dengan gambar dan sejarahnya. Sumber Artikel by Google. - Sekadar pengetahuan dan perkongsian bersama.

Apakah maksud DURBAR?  Durbar membawa maksud Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 14 - 17 Julai 1897 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...