MAIN MENU

Footer Pages

4 Mei 2016

KAPAL DAGANG BRITISH 1815 'TIMBUL' DI SUNGAI PAHANG

PENDUDUK Kampung Tanjung, Mohd Razlan Jaafar, 52, melihat bangkai kapal dagang lama milik British dan dipercayai karam pada tahun 1815 di Sungai Pahang. - Foto Luqman Hakim Zubir

PEKAN: Kapal dagang lama dipercayai milik British yang karam sekitar tahun 1815 di Sungai Pahang, dekat Kampung Tanjung, Paloh Hinai,Pekan. Telah timbul di permukaan sungai itu berikutan paras air yang cetek.
Ketua Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, bangkai kapal itu mula disedari penduduk kampung kira-kira dua bulan lalu ketika mencari etak di kawasan sungai berkenaan. "Ada penduduk yang nampak tiang dipercayai tempat layar kapal itu dan cerita mengenainya tersebar dalam kalangan penduduk kampung sekitar.

"Kawasan ini menjadi perhatian penduduk sejak paras air yang cetek dan penemuan bangkai kapal ini juga menjadikan kawasan sepanjang sungai ini perhatian orang dari kampung berdekatan," katanya. Sumber :  Berita Harian Online.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

1 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.