MAIN MENU

Footer Pages

1 Mei 2016

KUALA TAHAN TAMAN NEGARA SEMAKIN KONTANG?

Beginilah keadaan sungai di Kuala Tahan, Sungai Tahan, Taman Negara Pahang. Restoran yang dahulu terapung dipermukaan air sekarang sudah terdampar di daratan. Keadaan air sungai semakin surut difahamkan pelancong ke sini sudah jauh berkurangan dan lengang. Aktiviti masyarakat disini juga amat terhad kerana sungailah sebagai nadi utama mereka.

Kenapa dan mengapa apakah disebabkan El Nino? mungkin itu adalah alasan yang amat mudah untuk kita dikaitkan dan diucapkan, namun disebalik semua itu pernahkah kita terfikir semua ini adalah balasan Allah pada kita dan mereka-mereka yang terus-terusan meratah khazanah alam di muka bumi ini diatas alasan pembangunan kata mereka. Kerakusan tanpa ehsan tanpa memikir soal tanggungjawab kepada alam dan prihatin kepada manusia mungkin ini adalah balasanya. Imej kredit kepada Bernama

 “Telah nampak  fasad (kerosakan) di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” [TMQ ar-Rum (30):41].

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.