Pengerusinya, Wong Tack mendakwa, beberapa lokasi di negeri ini dilihat telah terjejas dan menerima kesan buruk akibat pembangunan yang dijalankan seperti di Ulu Tembeling, Jerantut.
Menurutnya, pihaknya bersama beberapa badan-badan bukan kerajaan, aktivis alam sekitar, pakar-pakar akademik, kumpulan alam sekitar dan editor-editor kanan berita tempatan telah mengeluarkan Deklarasi Ulu Tembeling selepas melawat dan meninjau sendiri kawasan hutan tadahan air semulajadi di lokasi tersebut, baru-baru ini.
“Seramai enam wakil dari Himpunan Hijau termasuk saya sendiri menyertai ekpedisi tersebut bersama pihak-pihak lain dan melihat sendiri kemusnahan ketara yang berlaku di kawasan tersebut yang bukan saja terlibat dengan aktiviti pembalakan malahan tanaman kelapa sawit.
“Impaknya sangat besar dan kita melihat pihak berkuasa seperti tidak peka dan sedar dengan masalah yang berlaku ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Ujarnya, biarpun hujan telah turun namun ia masih belum dapat meningkatkan paras air Sungai Pahang yang kering selepas dilanda El Nino sejak beberapa bulan lalu.
Beliau memberitahu, deklarasi tersebut akan dihantar ke pihak berkuasadan berkaitan untuk memastikan kebimbangan dan kesan negatif yang akan dirasai masyarakat khususnya penduduk di negeri ini dapat dibendung.
Dalam deklarasi itu antara lain kandungannya memperakui kejadian air kering khususnya di Sungai Tembeling dan Sungai Pahang bukan semata-mata kerana faktor El Nino sebaliknya berpunca pembukaan hutan bagi tujuan perladangan tidak terkawal di kawasan hutan tadahan air semulajadi bagi sungai-sungai di Ulu Tembeling. Sumber : Sinar Harian Pahang
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.