MAIN MENU

Footer Pages

22 Jun 2016

PAHANG BAKAL GUNA NOMBOR PLAT VIP

Kuantan: Kerajaan Negeri Pahang bakal memperkenalkan penggunaan siri nombor pendaftaran kenderaan khas VIP 1 hingga VIP 9999 bagi mengumpul dana promosi dan penganjuran Tahun Melawat Pahang 2017.

Sumber kerajaan negeri memaklumkan, permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan hak eksklusif siri nombor pendaftaran khas itu sudah diluluskan Kementerian Pengangkutan. Menurutnya, tujuan penjualan nombor pendaftaran khas VIP atau ringkasan perkataan 'Visit Pahang' itu bertujuan mengutip dana mempromosi Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP).

 "Kerajaan negeri juga mahu menjadikan nombor pendaftaran siri khas ini sebagai kenangan TMP 2017,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, langkah itu juga antara cara mengelakkan penganjur terlalu mengharap kepada tajaan sesuatu pihak yang sudah tentu sumbangannya terhad. Menurutnya, kerajaan negeri turut mengharapkan jualan nombor pendaftaran siri khas VIP itu mampu meraih bidaan tinggi seperti nombor pendaftaran 'F' untuk Putrajaya. Sumber Harian Metro

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.