"Selamatkan hutan rimba kenong" itu adalah rayuan dan kata-kata daripada
banyak pihak termasuk pengusaha industri pelancongan dan penduduk
kampung di Taman Rimba Kenong di sini bimbang dengan ekosistem hutan
berusia 130 juta di taman rimba itu yang mungkin musnah jika penerokaan
hutan di kawasan tersebut tidak disekat.
Rata-rata mereka gusar
sekiranya lesen pembalakan di hutan itu diluluskan kerajaan negeri
Pahang, ia akan memusnahkan alam semula jadi di Taman Rimba Kenong yang
menjadi tarikan lebih 16,000 pelancong setiap tahun.
Selain itu,
ia dikhuatiri menjejaskan kawasan tadahan air yang membekalkan sumber
air semula jadi menerusi sistem graviti kepada penduduk berhampiran.
Taman
Rimba Kenong merupakan salah satu daripada hutan lipur yang dibangunkan
oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sejak 1988. Ia terletak di dalam
sebahagian Hutan Simpan Yong yang memiliki keluasan lebih 12,000 hektar.
Wakil pengusaha industri pelancongan di kawasan itu, Mohd. Hassan Tuah berkata, sebanyak tiga kawasan blok balak berkeluasan lebih 190 hektar telah dimohon oleh sebuah syarikat bagi mengeluarkan hasil balak di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, sekiranya penerokaan tiga blok kawasan balak di dalam Taman Rimba Kenong itu diluluskan, ia dikhuatiri akan merosakkan khazanah alam semula jadi di kawasan pelancongan itu. Sumber Berita : Kosmo
AAP - Apa lagi yang mampu disebut dan dirayu oleh rakyat agar hutan simpan kenong ini tidak diterokai dan dimusnahkan... khazanah alam yang amat berharga ini untuk genarasi mendatang sebagai warisan kepada anak cucu kita kelak...
Entri berkaitan : HUTAN RIMBA KENONG DIAMBANG KEMUSNAHAN
#Save Kenong Rimba Park
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.