KUANTAN - Jabatan Perhutanan Pahang menegaskan bahawa kawasan perhutanan di negeri itu masih berkeadaan baik dan terpelihara di sebalik laporan tidak tepat beberapa media tempatan dan pakar alam sekitar yang mendakwa berlaku pencerobohan di kawasan hutan simpan di negeri berkenaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata, pihaknya sentiasa memantau aktiviti yang dijalankan di hutan-hutan negeri ini bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sekali gus boleh membawa kemusnahan flora dan fauna hutan berkenaan.
“Kita turut bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menerusi penguatkuasaan dan melakukan pemantauan menerusi satelit agar sebarang pencerobohan seperti pembalakan haram dapat dikesan dan pelakunya dapat kita bawa ke muka keadilan menerusi Akta Perhutanan 1984 (Pindaan 1993),” katanya.
Dalam kenyataan itu lagi, jabatan itu menyatakan proses pemeliharaan hutan di negeri tersebut turut mendapat pengiktirafan pihak antarabangsa dengan memperoleh Sijil Pengurusan Hutan di bawah Piawaian MC&I (Malaysia Criteria and Indicator) sejak tahun 2002 dan bagi tempoh 2013 hingga 2016. - Bernama
Artikel tersebut disiarkan didalam Utusan Malaysia bertajuk : HUTAN PAHANG TERUS TERPERLIHARA
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.