JERANTUT - Projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan wajar
dipindahkan ke tempat lain yang lebih jauh dari Taman Negara selepas
mendapat bantahan daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat setempat.
Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pihak berkaitan
perlu menilai semula projek berkenaan yang dilihat terletak terlalu
hampir dengan Taman Negara dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk
setempat.
Menurutnya, pembangunan di kawasan yang sensitif perlu dilakukan secara
berhati-hati memandangkan kawasan itu adalah kawasan penampan kepada
Taman Negara yang mendapat perhatian dunia.
“Saya bukan tidak bersetuju projek berimpak tinggi berkenaan dibuat,
tetapi harus jauh dari Taman Negara supaya kelestarian alam semula jadi
yang ada di Taman Negara tidak akan terjejas.
“Berdasarkan maklum balas, apa yang dikesali penduduk ialah cara projek
berkenaan dilakukan iaitu tiada dialog dengan penduduk, tiada papan
tanda dan mereka seolah-olah tidak dihormati, malah saya sendiri sebagai
ahli Parlimen di sini tidak dimaklumkan sehinggalah dalam perjumpaan
dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) baru-baru ini,” katanya di
sini kelmarin.
Sebelum ini media menyiarkan bantahan penduduk setempat, pelancong dan
juga pengusaha pelancongan terhadap projek penternakan ikan sturgeon
seluas 13.8 hektar di Kuala Tahan yang didakwa menjejaskan
eko-pelancongan di Taman Negara.
Ekoran bantahan itu, projek bernilai RM120 juta itu kini terpaksa
dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada penilaian terperinci
Impak Alam Sekitar (DEIA).
Katanya, jarak kawasan itu dengan Taman Negara terlalu hampir dan hanya
dipisahkan oleh Sungai Tembeling yang dibimbangi akan turut terjejas
akibat projek berkenaan.
Tambahnya, penduduk di situ juga bimbang bekalan air bersih mereka dari
Sungai Tabung akan terjejas kerana projek berkenaan hanya terletak
kira-kira dua kilometer dari muka sauk air yang diuruskan Pengurusan Air Pahang Berhad. Sumber : Sinar Harian Pahang.
AAP - Untuk kebaikan semua pihak sememangnya amat wajar projek ini dipindahkan, kami menyokong!
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.