MAIN MENU

Footer Pages

9 Okt 2012

PETUA ORANG-ORANG TUA DAHULU

Petua dan amalan orang-orang tua ini begitu banyak sekali, ada yang baik dan bermanfaat jika kita mengetahui dan diamalkan. Disini jom kita kongsikan sama diantara petua-petua yang menarik daripada orang-orang tua dahulu jom baca :

Membuang bubuk pada beras
Ini petua mudah nak membuang bubuk pada beras... letak beras dalam besen tutup dengan kain putih sebaiknya kain lamping budak yang bersih biarkan dalam 1 jam lihat hasilnya.

Petua Membunuh Lipan
Petua kalau anda mahu bunuh lipan masa ternampak atau semasa mengejarnya jangan sesekali menyebut perkatan "lipan" sebut "tulang ikan" sah tak bergerak lipan itu apa lagi hempok ajelah :)

Petua membunuh ular.
Sebaiknya digunakan buluh atau rotan kerana buluh dan rotan lebih memberi kesan pada ular jika dipukul.

Petua Melemahkan Ikan Tilan
Petua ini memang menjadi kalau anda mengail atau memancing dapat ikan tilan macam mana nak memegangnya? cara mudah ambil daun keladi kemahang atau daun keladi ditepi sungai itu tekap pada badanya sah tak bergerak ikan tilan itu.

Petua menghalau tikus daripada rumah .
Letakan beberapa helai daun durian belanda di laluan atau ditempat persembunyiannya. Pasti tikus-tikus tersebut akan keluar daripada situ.

Kencing tidak Lawas
Limau diperah dan diambil airnya dan dicampur dengan madu dan air panas dan minum. Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di bahagian atas buah pinggang dan pundi kencing. (Penting juga anda perlu meminum air yang banyak )

Payah atau Susah tidur
Dapatkan buah pala. Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.

Budak / anak kecil selalu muntah
Cuba ambil tali kasut yang sudah terpakai ikat di lehernya seakana membuat rantai insyaallah muntah akan beransur kurrang.

Menghilangkan Jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda. Biarkan selama satu jam tanpa dilap. Kemudian cuci dengan air sejuk.

Membuang Kelemumur
Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

Kulit Tegang dan wajah berseri
Amalkan minum air masak setiap pagi selepas bangun dari tidur sebelum mandi atau sebelum mengambil sarapan. Mudah sahaja tapi mujarab.

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:
Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.

Hampas Teh Suburkan Tanaman / Menghilangkan daki di badan.
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau. Juga sesuai di sapukan ke badan waktu madi bagi menghilangkan daki di badan.

Mengatasi Sengal Tulang
Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.

Daun Puding atasi Gatal Di Kepala
Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.

Petua Menghilangkan rasa sakit kepala klik kat SINI

Petua Tahan lama klik kat SINI (18 tahun ke atas sahaja)

U/P : Kebiasanya amalan atau sesetengah petua ini hendaklah diamalkan dengan cara yang berterusan agar mendapat kesan yang lebih baik. Jikalau sesekali dua sahaja mencuba atau membuatnya mungkin hasilnya tidak menepati kehendaknya. Petua diambil daripada pelbagai sumber by. akuanakpahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. petua mendahului ilmu weh :)

    BalasPadam
  2. Betul..weh hebat amalan petua ini jika diamalkan.

    BalasPadam
  3. kunjungi juga,

    http://labuemas8.blogspot.com

    dari asia untuk asi

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.