INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM KEBUDAYAAN DAN NUMISMATIK
MAIN MENU
▼
Footer Pages
▼
8 Okt 2012
TAMAN I CITY JERANTUT KOTOR TV3
Jerantut, PAHANG -- Kos penyelenggaraan I City Jerantut meningkat ekoran sikap segelintir pengunjung yang tidak bertimbang rasa dengan merosakkan harta benda serta tidak menjaga kebersihan kawasan itu.
Setiausaha Majlis Daerah Jerantut Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, taman itu adalah daya tarikan baru dan lokasi untuk warga daerah ini dan pelancong beriadah.
Menurutnya, taman yang terletak di tengah-tengah bandar itu menelan kos belanja hampir RM400,000 keseluruhannya.
“Setiap bulan, MDJ terpaksa mengeluarkan belanja untuk membaiki semula kerosakan harta benda di kawasan itu. Hal ini menyebabkan peruntukan penyelenggaraan bagi kerosakan di tempat lain terjejas gara-gara perlu menyelenggara kerosakan di taman itu," katanya.
Wan Norizan berkata, setiap bulan pihaknya terpaksa membaiki lampu taman yang pecah, kerusi patah dan menggantikan pokok hiasan yang patah serta mati bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.
“Setiap pagi pula kami terpaksa kutip sisa sampah yang dibuang merata-rata oleh pengunjung. Walaupun banyak tong sampah disediakan, namun mereka ini tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan sampah di tempat yang mereka duduk,” katanya.
Menurutnya, dia minta kerjasama pengunjung agar menjaga harta benda dan kebersihan taman supaya bandar ini sentiasa ceria dan bersih kerana daerah ini menjadi tumpuan pelancong yang terkenal sebagai pintu masuk ke Taman Negara. Sumber TV3 Klik DISINI
AAP- Sebaiknya warga tempatan berterima kasih dengan segala kemudahan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (MDJ) serta bersama dapat menjaga kebersihan taman ini. Penting juga kalau kita sama-sama dapat menjaga kebersihan bagi menjamin keselesaan pengunjung yang lainnya. Cubalah ringan-ringankan sikit tangan pergi membuang sampah sarap ditempat yang telah disediakan. Rasanya tidak ada cara lain yang lebih lebih berkesan selain dengan cara penguatkuasaan sahaja yang dapat membendung permasalahan ini... elok juga sekiranya dikeluarkan kompuan bagi mereka yang membuang sampah di merata-rata tempat semoga menjadi peringatan pihak lainnya.
Wassalam, Wa'allahhualam.
memalukn sampai masuk TV3 tu
BalasPadamni sikap org kita yg pernah berubah :(
Kesedaran sivik kurang, inilah masalah org kita.
Padamsalam...sjk bila jerantut ada i-city? kat area mana te? lamanya koi tak gi jerantut...
BalasPadamDekat tengah bandor tu berhampiran bulatan mat kilau.
Padamce cadang ke MDJ memperbanyak tong sampah.. Sebab rakyat Malaysia nie malas nak berjalan ke tong sampah..
BalasPadamKabornya byk dah tong sampah disediakan Wa'allahhualam. Yang pastnya mentaliti masyarakat kita masih kurang dalam menjaga alam sekitar dan kebersihan tempat awam seperti ini.
Padam