MAIN MENU

Footer Pages

11 Mei 2025

KEMANGKATAN DYMM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH, SULTAN PAHANG


KEMANGKATAN DYMM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH, SULTAN PAHANG

Pada hari ini dalam tahun 1974, DYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah, Sultan Pahang mangkat di Istana Kecil, Pekan, Pahang setelah memerintah negeri Pahang selama 42 tahun. Ekoran berita duka ini, kerajaan Pahang mengarahkan agar tempoh berkabung dilaksanakan selama 100 hari bagi kerabat diraja dan para pembesar serta 44 hari bagi rakyat biasa. Almarhum diputerakan pada 29 Mei 1904 di Istana Hinggap, Pekan Lama, Pahang.

Baginda merupakan putera kepada Sultan Abdullah dan Che Kalsum bt. Abdullah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan dan kemudian menyambung pendidikan dalam aliran Inggeris di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Perak. Baginda menaiki takhta pemerintahan Pahang pada 24 Jun 1932 ketika berusia 28 tahun. Pada zaman pemerintahan baginda, pembangunan dan pemodenan negeri Pahang Darul Makmur. Sumber : akuanakpahang.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.