MAIN MENU

Footer Pages

11 Mei 2025

KEMANGKATAN DYMM SULTAN AHMAD AL-MU'ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM BENDAHARA ALI, SULTAN PAHANG



KEMANGKATAN DYMM SULTAN AHMAD AL-MU'ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM BENDAHARA ALI, SULTAN PAHANG.

Pada hari ini dalam tahun 1914, DYMM Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Bendahara Ali, Sultan Pahang mangkat dan dimakamkan di Makam Diraja di Kampung Marhum, Kuala Pahang, Pahang. 

Almarhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah ditabalkan dengan gelaran Bendahara Ahmad pada tahun 1863 dan kemudiannya diisytiharkan sebagai Sultan Ahmad pada 6 Ogos 1882. Almarhum menaiki takhta pemerintahan Pahang selepas berjaya menewaskan Tun Mutahir yang merupakan saudaranya sendiri dalam perang yang berlaku pada pertengahan kurun ke-19. Pada era pemerintahan Baginda, Pahang buat pertama kali menerima Residen British, iaitu J. P. Rodgers pada tahun 1888. 

Residen berperanan sebagai penasihat Sultan dalam hal-hal pentadbiran negeri kecuali perkara yang menyentuh adat resam dan kebudayaan Melayu. Baginda mangkat pada usia 78 tahun. Baginda merupakan seorang sultan yang pintar dan disayangi oleh seluruh rakyat Pahang. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.