Sebuah pusat komersial moden berskala besar, Jerantut Square yang kini sedang dalam pembinaan di kawasan seluas 8.9 hektar bermula Mac lalu, dijangka menjadi nadi baharu ekonomi dan sosial daerah ini apabila siap sepenuhnya menjelang suku keempat 2026.
Ianya gabungan strategik lengkap dengan pusat membeli-belah, sukan, rekreasi dan pusat sehenti buat penduduk menjalankan urusan harian sepertimana Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Projek ini menampilkan komponen utama seperti hypermarket, pusat boling dan pusat sukan yang berfungsi sebagai pemangkin utama dalam merangsang ekonomi tempatan serta menarik lebih ramai pengunjung dan pelabur.
Jerantut Square juga bakal menempatkan pelbagai jenis premis komersial seperti bank, bilik pameran kenderaan, restoran makanan segera dan kedai runcit.
Lokasi yang strategik berhampiran Masjid Tengku Mahkota Abdullah, stesen minyak Petron, sekolah-sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah dijangka meningkatkan lagi nilai hartanah di kawasan sekitarnya. - Utusan Malaysia akuanakpahang.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.