ASAL USUL KAMPUNG KELEDEK, KUALA LIPIS
Kampung Keledek adalah salah sebuah kampung yang terletak dalam daerah Kuala Lipis.
CERITA SEJARAH
Pada asalnya, Kampung Keledek adalah sebuah hutan yang sangat tebal. Sehinggalah pada suatu hari beberapa orang penduduk kampung cuba meneroka hutan tersebut untuk dijadikan tempat bercucuk tanam.
Pada asalnya, Kampung Keledek adalah sebuah hutan yang sangat tebal. Sehinggalah pada suatu hari beberapa orang penduduk kampung cuba meneroka hutan tersebut untuk dijadikan tempat bercucuk tanam.
Ketika mereka membersihkan hutan tersebut, tiba-tiba mereka terjumpa sebiji keledek yang sangat besar. Melihatkan saiz keledek yang sangat besar, mereka begitu terkejut dan cuba untuk mengalihkan keledek itu.
Namun usaha mereka tidak berhasil. Mereka tetap mencuba berkali-kali dengan menggunakan cangkul dan sebagainya.Tetapi anehnya apabila mata cangkul terkena pada keledek itu, cecair berwarna merah seakan-akan darah mengalir keluar daripada keledek itu.
Yang lebih mengejutkan lagi, tiba-tiba keledek itu bergerak-gerak dan terus bergolek menuruni bukit lalu terjatuh kedalam lubuk yang berhampiran. Apabila melihat kejadian yang aneh itu, mereka menamakan tempat itu sebagai Kampung Keledek. akuanakpahang.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.