Tengku Besar Mahmud &Tengku Mariam
Sultan Ahmad Muadzam Shah.
Maharaja Abu Bakar kemudiannya telah menasihati Tun Ahmad untuk mengangkat dirinya sebagai Sultan Pahang memandangkan Pahang pada waktu itu bukan lagi sebahagian daripada empayar Johor Lama.
Apabila pulang ke Pahang, Tun Ahmad telah mengkaji jurai keturunannya bagi melayakkannya menjadi Sultan Pahang. Akhirnya pada tahun 1882, Tun Ahmad akhirnya telah diangkat sebagai Sultan Pahang Pertama era moden oleh pengikutnya. Baginda memakai gelaran Sultan Ahmad Muadzam Shah.
Bagi mengukuhkan hubungan antara Johor dengan Pahang pula, Sultan Abu Bakar Johor telah mengahwinkan puterinya yang bernama Tengku Mariam dengan putera Sultan Ahmad yang bernama Tengku Besar Mahmud pada Julai 1913. Namun perkahwinan ini tidak menghasilkan sebarang zuriat.
Tengku Besar Mahmud merupakan anakanda Sultan Ahmad dengan isterinya yang bernama Che Pah. Beliau telah dilahirkan pada 4 Februari 1868.
Pada 22 Julai 1889, Tengku Besar Mahmud telah dilantik sebagai pemangku raja bagi membantu urusan pentadbiran ayahandanya. Pada 11 Oktober 1891, beliau telah diberikan gelaran sebagai Tengku Besar Pahang iaitu gelaran bagi bakal Sultan di Pahang.
Pada 9 Mei 1914, Tengku Besar Mahmud telah ditabalkan sebagai Sultan Pahang yang baharu bagi menggantikan ayahandanya namun pemerintahan baginda tidak lama kerana baginda telah mangkat 3 tahun kemudian iaitu pada 19 Jun 1917 di Rumah Rehat Kuala Pahang. Tengku Mariam telah pulang ke Johor dan mangkat pada 25 Oktober 1952 disemadikan di Makam Di Raja Johor. - akuanakpahang.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.