MAIN MENU

Footer Pages

30 Jan 2025

ASAL USUL KAMPUNG LUBUK KULIT, KUALA LIPIS PAHANG.

 

ASAL USUL KAMPUNG LUBUK KULIT, KUALA LIPIS PAHANG.

ASAL USUL KAMPUNG LUBUK KULIT, KUALA LIPIS PAHANG.

Kampung Lubok Kulit terletak di Kuala Lipis, Pahang. Nama asalnya ialah Kampung Telang. Nama itu di ambil sempena nama sungai yang terdapat di dalam kampung tersebut iaitu Sungai Telang. Tetapi selepas satu peristiwa nama Kampung Telang di tukar nama menjadi Kampung Lubok Kulit sehingga sekarang.

Mengikut cerita orang dahulu-kala, ada satu peristiwa telah berlaku dimana mereka mendapat khabar askar jepun hendak menyerang kampung. Ketua kampung mengarahkan penduduk kampung memunggah padi yang disimpan di dalam "KEPOK". Kepok ini dibuat menggunakan kulit kayu yang telah dikeringkan.

Akibat terlalu takut akan kedatangan tentera jepun yang semakin hampir, penduduk kampung terlupa dengan pantang larang yang mereka jaga selama ini. Mereka mencampakan segala peralatan dapur serta alat-alat untuk memproses padi ke dalam "KEPOK" padi termasuk lesung batu.

Dengan kuasa Allah tiba-tiba angin serta ribut datang. Penduduk kampung mendengar suara Kepok tempat menyimpan padi berkriuk-kriuk bunyinya seperti merajuk dan bergolek tanpa henti sehingga ke dalam lubuk lalu senyap disitu.

Barulah mereka sedar, yang mereka telah melukakan hati semangat padi. Maka dari situlah mereka mendapat nama kampung itu iaitu Kampung Lubok Kulit sempena peristiwa kulit yang masuk ke dalam lubuk. akuanakpahang.bolgspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.