MAIN MENU

Footer Pages

19 Jul 2021

PUSARA TEUKU NYAK PUTEH BIN TEUKU KARIM AYAHANDA P RAMLEE

PUSARA TEUKU NYAK PUTEH BIN TEUKU KARIM

PUSARA TEUKU NYAK PUTEH BIN TEUKU KARIM AYAHANDA P RAMLEE.
Semua masyarakat di Malaysia mengetahui tempat persemadian terakhir Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh adalah di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Tetapi tahukah anda di mana pula ayahanda P. Ramlee disemadikan?
Sedikit latarbelakang mengenai Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim. Beliau dilahirkan di Lhokseumawe, Acheh, Indonesia, pada tahun 1902. Beliau merupakan pedagang dari Acheh dan pernah bekerja sebagai kelasi kapal. Beliau sampai ke Pulau Pinang pada tahun 1920-an dan berkahwin dengan Che Mah Hussain seorang janda anak satu. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Teuku Zakaria yang merupakan seniman agung dunia Melayu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Teuku Nyak Puteh meninggal dunia pada tahun 1955 pada usia 53 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Dato Keramat, Jalan Perak, Georgetown, Pulau Pinang.
Teks : HAR
Sumber : Histourism - History & Tourism
Erti Yang Sakti : Tun Ahmad Sarji
Blog : akuanakpahang.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.