INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM KEBUDAYAAN DAN NUMISMATIK
MAIN MENU
▼
Footer Pages
▼
30 Jul 2021
LARANGAN PENGGUNAAN JATA NEGERI PAHANG
Kerajaan Pahang melarang penggunaan lambang atau jata negeri itu secara tidak wajar.
Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, berkata larangan itu susulan terdapat penyalahgunaan jata Kerajaan Pahang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, penyalahgunaan itu membabitkan di dalam media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp serta penggunaan lambang di kenderaan dan lain-lain. "Oleh itu, penyalahgunaan ini hendaklah dihentikan dengan serta merta atau berdepan dengan tindakan.
"Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 [Enakmen No. 18 Tahun 2017] telah memperuntukkan larangan penggunaan tidak wajar lambang, gelaran atau anugerah Negeri Pahang.
"Ia termasuklah Jata Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Jata Diraja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Jata Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
"Subseksyen 3(1) Enakmen No. 18 Tahun 2017 memperuntukkan bahawa walau apa pun peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, mana-mana orang yang melanggar larangan penggunaan tidak wajar lambang negeri Pahang boleh didakwa dan dikenakan hukuman di bawah subseksyen 3(2) Enakmen No. 18 Tahun 2017.
"Apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya. Sumber : www.hmetro.com.my/ disiarkan pada : Julai 28, 2021 - akuanakpahang.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.