Waktu di Kelantan Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mamat Kelubi dan Tok Panglima Hitam pernah menjadi guru Quran di beberapa kampung seperti di Tanah Merah, Kampung Sireh, dan Pasir Mas selama lebih kurang sembilan tahu.
Dalam bulan Mei 1920 Datuk Bahaman, Mat kilau, Mamat Kelubi dan Tok Panglima Hitam balik ke Kuantan Pahang dan singgah di Kampung Paya Lalang (Padang Lalang). Di situ Datuk Bahaman menjadi guru mengaji Al-Quran dan mengajar bersilat, beliau memakai nama Lebai Deraman.
Dalam tahun 1926, Datuk Bahaman berpindah pula ke Kampung Peramu di seberang Sungai Kuantan. Disitu beliau dianggap sebagai ahli agama dan secara tidak langsung menjadi tumpuan orang ramai meminta ubat. Di Kampung Peramu Datuk Bahaman lebih dikenali sebagai Tok Guru Peramu.
Mat Kilau hanya duduk sebulan saja dengan dengan Datuk Bahaman di Kg Peramu, lepas itu beliau berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg Pasir Panjang dan Kg Tanjung Batu Tering Pekan, kemudian ke Kg Batu Lima jalan Gambang Kuantan sehinggalah kisah lagendanya dibongkarkan oleh akhbar-akhbar pada akhir tahun 1969. Akhirnya Di masjid lama Pulau Tawar itulah berlaku sejarah pengistiharan diri Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau pada 26 Disember 1969.
Datuk Bahaman pula terus tinggal di Kg Peramu sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 23 Julai 1977 akibat sakit demam panas. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Peramu yang berhampiran dengan pondoknya. Al-Fatihah.
Siapa Sebenarnya Tok Guru Peramu?
https://youtu.be/yHl9kJAtI60
Kredit : Ubaidah TV Channel
Rujukan: Siapa Sebenarnya Tok Guru Peramu, Azahar Rahman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.