Kelebihan solat subuh berjemaah di Masjid adalah sebuah kejayaan besar bagi orang lelaki. Terdapat banyak ganjaran yang bakal diraih orang lelaki yang rajin melangkahkan kakinya ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Bahkan, langkah kakinya yang digunakan untuk menuju masjid, akan menggugurkan segala dosa-dosanya. Selain kejayaan yang telah disebutkan, ada banyak sebab lain, mengapa orang lelaki wajib solat subuh di masjid.
Kelebihan solat subuh berjemaah di Masjid adalah sebuah kejayaan besar bagi orang lelaki.
Terdapat banyak ganjaran yang bakal diraih orang lelaki yang rajin melangkahkan kakinya ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Bahkan, langkah kakinya yang digunakan untuk menuju masjid, akan menggugurkan segala dosa-dosanya. Selain kejayaan yang telah disebutkan, ada banyak sebab lain, mengapa orang lelaki wajib solat subuh di masjid.
Petama : Mendapatkan Pahala Solat Malam Sepanjang Waktu
Solat subuh dan solat isyak adalah sebuah ujian tersendiri bagi sebahagian daripada kita. Seperti ujian pada umumnya, kedua solat ini pun menjanjikan ganjaran besar bagi mereka yang melaksanakannya.
Dari Utsman bin ‘Affan RA ia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.” (HR Tirmizi No: 205) Status: Hadis Sahih.
Kedua : Dibebaskan Dari Sifat Orang Munafik
Ciri-ciri orang munafik tidak hanya dilihat dari percakapannya yang sering berbohong atau janjinya yang sering berkhianat. Tapi boleh juga dilhat dari kesanggupannya mendirikan solat dan isyak cara berjemaah.
Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi kaum munafik adalah solat isya` dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak. Dan aku sangat berkeinginan memerintahkan seorang muadzin untuk azan, kemudian aku perintahkan seorang lelaki mengimami mereka, lalu aku pergi bersama beberapa orang dengan membawa kayu bakar menuju orang-orang yang meninggalkan solat berjemaah untuk kemudian membakar rumah-rumah mereka.” (HR Ahmad No: 9122)
Ketiga : Akan Mendapat Cahaya Terang Pada Hari Kiamat
Shalat shubuh yang dilaksanakan pada subuh hari memang menjadi sangat sukar, dengan kegelapan malam, dingin, ngantuk, dan pelbagai godaan lainnya. Tapi tahukah anda, Segala kesusahan ini akan mendapat balasan setimpal kelak di akhirat nanti.Allah akan memberikan cahaya yang sempurna bagi kita yang melaksanakan shalat shubuh berjemaah di masjid.
Daripada Buraidah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang paling sempurna pada hari kiamat”. (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).
Keempat : Berpeluang Mendapatkan Pahala Haji atau Umrah Bila Berzikir Hingga Terbitnya Matahari
Ketahuilah ganjaran dan pahala seandainya kita solat subuh berjemaah berpeluang mendapatkan pahala haji atau umrah bila berzikir hingga terbitnya matahari.
Dari Anas bin Malik dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.” dia (Anas radliallahu ‘anhu) berkata, Rasulullah bersabda: “Sempurna, sempurna, sempurna.” (HR Tirmizi No: 535)

COMMENTS