Kesultanan Negeri Pahang Darul Makmur adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri. Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.
Kesultanan Negeri Pahang Darul Makmur adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.
Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.
Perebutan kuasa
Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.
Serangan Acheh
Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.
Di bawah pemerintahan Johor
Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).
Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.
Pemerintahan sendiri
Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.
Senarai Sultan Pahang
Raja Bendahara

- 1470–1475:Sultan Muhammad Shah I
- 1475–1475:Sultan Ahmad Shah I
- 1475–1497:Sultan Abdul Jamil I
- 1497–1519:Sultan Mansur Shah Ibni Sultan Ahmad Shah I
- 1519–1530:Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah
- 1530–1542:Sultan Muzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
- 1540–1555:Sultan Zainal Abidin Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
- 1555–1560:Sultan Mansur Shah II Ibni Sultan Zainal Abidin
- 1560–1575:Sultan Abdul Jamal Shah
- 1575–1590:Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah
- 1590–1592:Sultan Ahmad Shah II
- 1592–1614:Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah
- 1614–1641: Sultan Alauddin Riayat Shah
- 1615–1623: Raja Bujang
- 1641–1676: Raja Bajau
- 1676–1688: Raja Ibrahim
Raja Bendahara
Raja Bendahara Pahang
- 1688–1697:Tun Habib Abdul Majid bin Tun Mat Ali
- 1697–1699:Tun Abdul Jalil bin Tun Habib Abdul Majid
- 1699–1708:Tun Mas Anom bin Tun Habib Abdul Majid
- 1708–1716:Tun Abdullah bin Tun Habib Abdul Majid
- 1718–1721:Tun Abdul Djamal bin Tun Habib Abdul Majid
- 1722–1724:Tun Abbas ibni Sultan Abdul Jalil IV
- 1724–1734:Tun Husain ibni Sultan Abdul Jalil IV
- 1734–1748:Tun Mutahir I ibni Sultan Abdul Jalil IV
- 1748–1777:Tun Hasan bin Tun Abbas
- 1777–1802:Tun Abdul Majid bin Tun Hasan
- 1802–1803:Tun Muhammad bin Tun Abdul Majid
- 1803–1806:Tun Koris bin Tun Abdul Majid
- 1806–1847:Tun Ali bin Tun Kodi
- 1847–1863:Tun Mutahir bin Tun Ali
- 1863–1881:Tun Ahmad ibni Tun Ali (Permasyhuran ke-1 kemudian Baginda menggunakan gelaran Sultan)
- 16 Ogos 1881 – 13 April 1909:Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah (Permasyhuran ke-2)
- 13 April 1909 – 11 Jun 1917:Sultan Mahmud Shah
- 11 Jun 1917 – 22 Jun 1932:Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah
- 22 Jun 1932 – 7 Mei 1974 : Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah
- 7 Mei 1974 – 11 Januari 2019 : Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
- 11 Januari 2019 – kini : Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
COMMENTS