Etok atau nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dwicengkerang. Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea. Menurut Kamus Dewan, perkataan etok diambil dari dialek Kelantan yang diaganti dengan perkataan etok @ etak yang merujuk kepada kerang sungai. Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat, merujuk etok sebagai sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.
Etak @ Etok atau nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dwicengkerang. Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea.
Menurut Kamus Dewan, perkataan etok diambil dari dialek Kelantan yang diaganti dengan perkataan etok @ etak yang merujuk kepada kerang sungai. Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat, merujuk etok sebagai sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.
Habitat
Etok umumnya boleh dijumpai di kawasan sungai air tawar yakni pada dasar sungai atau terusan. Ia boleh juga dilihat hidup dikawasan hampir ke muara sungai yakni berdekatan dengan delta atau laut. Namun, etok lebih banyak hidup di sungai berdekatan sawah padi.Etok yang kebanyakannya bersaiz batu kerikil, banyak mendiami kawasan sungai di bahagian negara-negara beriklim tropika seperti di negeri-neger pantai timur Malaysia seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Selain itu, etok juga turut mendiami kawasan sungai pantai timur Thailand. Ia lebih gemar hidup dalam dasar sungai yang tanahnya berselut.
Di Malaysia, musim kemarau diantara bulan Mac hingga Ogos dilihat adalah musim terbaik untuk menangkap etok bagi dijadikan hidangan, kerana pada musim tersebut, sungai-sungai di Malaysia biasanya mengalami penurunan aras air dan sungai lebih cetek dan mengalir perlahan. Etok merupakan haiwan sungai yang dilihat suka pada kawasan yang tenang aliran airnya dan berlumpur.
Kulit kerang etok biasanya terdapat dalam 2 macam warna, iaitu coklat kehitaman dan warna kuning cerah. Etok bercengkerang warna coklat kehitaman sering dijumpai dikawasan sungai air tawar yang berlumpur, manakala berwarna kuning cerah pula dikawasan berpasir. Etok boleh ditangkap dengan menggunakan pengaut atau jaring yang diperbuat daripada kerawat besi. Sumber Wikipedia
Penyediaan masakan etak
Etak boleh dimasak dalam beberapa cara, antaranya gulai lemak putih, singgang, salai, dan goreng berempah. Paling popular adalah dimasak secara salai. Proses salai melalui satu proses yang panjang dengan membersih etok itu sendiri. Setelah itu, ianya akan diperap dengan bahan-bahan yang lazim seperti serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus. Setiap penyalai etok mempunyai bahan rahsia yang tersendiri dan ini membezakan dengan setiap penyalai etok. Etak kemudian direndam di dalam air sebelum diperap dengan campuran bawang putih, halia, serai, halba dan garam secukup rasa selama dua jam etak disalai menggunakan sabut kelapa selama sejam setengah dan kalau cuaca panas,
Cara memakan etak
Bagi orang yang tidak biasa memakan etak, ianya agak berbahaya kerana gigi anda mungkin sumbing! Betul, kulit etak harus dibuka menggunakan gigi. Namun begitu, membuka kulit etak ada teknik tersendiri, sama ada menggunakan mata pisau ataupun menggunakan kulit etak itu sendiri.
Bagi orang Kelantan, mereka hanya membuka kulit etak dengan menggunakan gigi sahaja dan dengan itu barulah merasai kelazatan rempah yang disalai pada kulit etak tersebut. Peringatan, setelah anda memakan etak, elakkan terus meminum air terutama air batu, kerana perut anda mungkin sakit. Sumber Google.
AAP - Etak banyak terdapat di sungai Pahang pada musim air surut dan kemarau, pun begitu mungkin etak tidak sepopular sebagai makanan seperti di negeri Kelantan dan Terengganu. Biasanya etak di jual dengan harga RM5.00 sebungkus. Etak banyak terdapat dijual di pekan sehari sekitar negeri Pahang. Apa pun, anda mestilah ada kepakaran untuk makan etak ini, memakan etak seumpama memakan kauci. Kalau tidak pandai mungkin anda tidak dapat memakan etak dengan cara yang betul.

COMMENTS