Tasik Chini menghadapi risiko kehilangan status rizab biosfera yang diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) jika pembersihan tanah dan perlombongan dibenarkan berterusan secara meluas. Isu penerokaan hutan bukan sahaja mengundang kepada masalah kepupusan flora dan fauna, malah menyumbang kepada pertambahan kepanasan bumi dan pencemaran alam sekitar. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan undang-undang, syarikat yang menjalankan kegiatan penerokaan hutan tidak mustahil akan bertindak sewenang-wenangnya menebang hutan tanpa menghiraukan langkah pencegahan yang sepatutnya seperti mewujudkan kawasan penampan.
Tasik Chini menghadapi risiko kehilangan status rizab biosfera yang diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) jika pembersihan tanah dan perlombongan dibenarkan berterusan secara meluas.
Isu penerokaan hutan bukan sahaja mengundang kepada masalah kepupusan flora dan fauna, malah menyumbang kepada pertambahan kepanasan bumi dan pencemaran alam sekitar. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan undang-undang, syarikat yang menjalankan kegiatan penerokaan hutan tidak mustahil akan bertindak sewenang-wenangnya menebang hutan tanpa menghiraukan langkah pencegahan yang sepatutnya seperti mewujudkan kawasan penampan.
Bagaimanapun, kejadian penerokaan hutan dan perlombongan di Bukit Ketaya dan kawasan berhampiran di Tasik Chini, Pahang, sejak sekian lama sepatutnya tidak berlaku, walaupun kawasan itu dikatakan kaya dengan pelbagai jenis mineral.
Tapak pemuliharaan
dan konservasi biodiversiti
Kawasan berkenaan ialah tapak rizab biosfera pertama di negara ini yang sepatutnya berfungsi sebagai tapak pemuliharaan dan konservasi biodiversiti, selain menyokong pembangunan lestari. Ketika ini, terdapat 651 tapak rizab biosfera dari 120 negara di dunia dengan Tasik Chini diwartakan sebagai tapak rizab biosfera kerana kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.
Dengan usaha pelbagai pihak, Tasik Chini yang juga tasik air tawar kedua terbesar di negara ini diwartakan sebagai tapak rizab biosfera pada 26 Mei 2009. Kedatangan pelancong merosot. Dengan memiliki kekayaan sumber alam yang terdiri daripada 138 spesies flora, 300 spesies hidupan bukan akuatik dan 144 spesies ikan air tawar, maka tidak hairanlah Tasik Chini muncul sebagai antara destinasi ekopelancongan utama di Malaysia.
Bagaimanapun, kerakusan penerokaan tanah tanpa kawalan dilakukan berhampiran tasik seolah-olah tiada zon penampan seperti yang lazimnya ditetapkan bagi mengelak pencemaran alam sekitar akhirnya mengundang padah.
Maka tidak hairanlah jika statistik menunjukkan jumlah kedatangan pelancong pada 2017 di Tasik Chini menunjukkan kemerosotan kepada 7,000 orang berbanding lebih 16,000 pada 2016.
Pelancong yang berkunjung ke Tasik Chini untuk melihat destinasi yang terkenal dengan mitos kewujudan naga dan tarikan ekopelancongan pasti kecewa apabila mereka akhirnya dihidangkan dengan pemandangan penerokaan hutan, kawasan perlombongan dan air tasik yang semakin keruh. Walhal, Tasik Chini yang mempunyai 12 tasik air tawar seluas 5,084 hektar sepatutnya mampu menjadi penyumbang ekonomi masyarakat setempat melalui pelancongan dan penangkapan ikan.
Nasib status tapak rizab
Kajian yang dijalankan di kawasan berkenaan menunjukkan jumlah keluasan tasik semakin menyusut berbanding saiz asalnya dengan perubahan paling ketara membabitkan kedalaman tasik akibat berlakunya mendapan sedimen daripada kegiatan penerokaan hutan dan perlombongan.
Kesan buruknya, ia boleh menyebabkan sebahagian besar bandar Pekan berpotensi dilanda banjir kerana Tasik Chini adalah zon penampan semula jadi banjir untuk menakung curahan air hujan sebelum dialirkan ke Sungai Pahang, kini tidak lagi mampu melakukan fungsi berkenaan.
Selain itu, tidak mustahil status tapak rizab biosfera yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu akan ditarik balik pada bila-bila masa. Masa semakin suntuk untuk melakukan pemulihan dengan pihak UNESCO dijangka melakukan pengauditan ke atas tapak rizab biosfera itu pada Mei ini.
Kita percaya Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli yang juga Sekretariat bagi program Manusia dan Biosfera (MAB) Malaysia yang bertanggungjawab menyelaras hala tuju serta usaha memulihara rizab biosfera di Malaysia menyedari mengenai apa yang terjadi di Tasik Chini.
Oleh itu, sewajarnya kementerian berkenaan, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di bawah Kementerian Pendidikan bersama-sama kerajaan Pahang bekerjasama untuk menangani masalah ini, sekali gus memulihara kawasan berkenaan. Sumber : www.bharian.com.my
Lagenda Tasik Chini Mengikut lagenda Orang Asli, tasik misteri ini didiami oleh seekor naga iaitu Naga Sri Gumum yang bersisik besi. Ada yang juga merujuk naga ini sebagai gergasi Loch Ness di Malaysia. Malah, kawasan tasik yang berbukit-bukau turut dikatakan menyerupai bahagian belakang seekor naga. Walaupun terdapat beberapa laporan kemunculan naga ini dari semasa ke semasa, namun semuanya tidak pernah dibuktikan secara saintifik.
Apa itu Rizab Biosfera : Tasik Chini telah dianugerahkan status Rizab Biosfera oleh UNESCO pada Mei 2009. Status Rizab Biosfera ini penting untuk dikekalkan kerana ia akan membantu melonjakkan imej Tasik Chini sebagai satu destinasi eko-pelancongan utama di negara, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan di Tasik Chini.
Satu khazanah alam negara yang wajar dihargai, dilindungi dan dikagumi. Tasik Chini adalah sebuah ekosistem dan rizab hidupan liar yang penting dan hak milik segenap lapisan masyarakat untuk dinikmati bersama sebagai tempat rekreasi dan mencari rezeki, selain menjadi tempat tinggal Orang Asli kaum Jakun dan Semai.
Sumber : Google by: akuanakpahang.blogspot.com

Biawak ketawa di Tasik Chini
Buah manggis masak layu
Awak ketawa di Tasik Chini
Naga menangis siapalah tahu.

COMMENTS