KERAKUSAN MANUSIA MUSNAHKAN SUNGAI TEMBELING SEMAKIN KONTANG

JERANTUT: Sebulan lamanya kemarau melanda, selama itu jugalah penduduk terpaksa berdepan realiti bahawa sungai yang banyak membantu kehidu...

JERANTUT: Sebulan lamanya kemarau melanda, selama itu jugalah penduduk terpaksa berdepan realiti bahawa sungai yang banyak membantu kehidupan mereka kini bakal kering-kontang.

Fenomena yang disifatkan luar biasa ini menyebabkan penduduk di Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling, tidak dapat lagi menggunakan bot untuk menyeberangi Sungai Tembeling, sebaliknya mereka terpaksa berjalan kaki.

"Selama 42 tahun, saya berada di sini, inilah situasi paling teruk," kata Maisarah Doll, 42 tahun, sambil melihat paras air Sungai Tembeling yang semakin cetek.

Anak jati Kampung Mat Daling di Ulu Tembeling itu menyifatkan fenomena ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Sungai Tembeling.

Keadaan bertambah buruk apabila kesan akibat musim kemarau ini menyaksikan sungai itu hampir kontang.

Tinjauan Astro AWANI mendapati sungai berkenaan begitu tohor sehingga menampakkan dasar sungai di beberapa kawasan.

"Sekarang pasir semakin banyak, semakin naik dan semakin tinggi. Dulu pasir tidak tinggi sebegini tetapi sekarang sudah nak menutup aliran sungai," kata seorang penduduk Zakaria Ismail.

Pengusaha bot, Hamizun Loai, pula melahirkan rasa bimbang apabila air sungai itu sudah mula menunjukkan tanda semakin surut sejak beberapa tahun lalu.
Keadaan sungai cetek menyebabkan penduduk tidak lagi perlu menggunakan bot untuk menyeberangi Sungai Tembeling, sebaliknya sekadar berjalan kaki.

"Air sungai ini sudah nampak kesannya dalam lima hingga enam tahun sudah. Sebelum ini ada kecetekan pernah berlaku pada sungai, tapi bukan sebegini cetek," katanya sekali gus membuktikan bahawa kemarau bukan punca utama.

Penduduk mendakwa paras sungai yang surut itu disebabkan aktiviti pembalakan tidak terkawal di kawasan tadahan air di hulu Sungai Tembeling.

"Kami di Kampung Mat Daling ini umpama padang jarak padang tekukur, gunung-ganang dan bukit-bukau, semuanya habis ditebang pihak tidak bertanggungjawab," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Maisarah.

 Kawasan tadahan air di kaki Gunung Dulang diteroka untuk tujuan perladangan kelapa sawit.

Menurut Pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Awang Noor Abdul Ghani, apabila berlaku pembalakan, pasir dari kawasan yang dibalak akan dihanyutkan melalui sungai, sekali gus mendap dan mencetekkan sungai.

"Jika pembalakan dilakukan di kawasan tadahan air, akibat kawasan yang ditebang dan pembukaan jalan untuk menarik keluar balak itu akan menyebabkan lumpur dan tanah di kawasan hutan dibawa masuk ke dalam sungai apabila berlaku hujan.

"Jadi hakisan ini berlarutan, ia mendatangkan kesan mendapan kepada sungai seperti yang berlaku di Sungai Tembeling," katanya. Laporan ini adalah siri pertama laporan khas "Kerakusan Manusia Musnahkan Sungai Tembeling". 

Ikuti siri kedua yang akan meninjau aktiviti pembalakan haram yang didakwa berlaku di hutan rizab Gunung Ais, Ulu Tembeling. Sumber kredit : http://www.astroawani.com

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

COMMENTS

BLOGGER
Nama

ADAT RESAM,2,air terjun,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,2,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,ASAM RONG,1,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,4,BANDAR LAMA JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,1,BERITA,2,Berita Semasa,2,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,21,BICARA HATI,1,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BLOG,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH-BUAHAN,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,Cerita Lawak,7,cerita malam jumaat,1,Cintai Negara,1,citer setan,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,cucuk angin,1,cun,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,EMPANG JEPUN,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,Gambar Klasik Pahang,2,GAMBAR PORNO SEX,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN STURGEON,1,info telur,1,INFORMASI,29,ISLAM,2,Jackie Chan,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Keajaiban Allah.,1,KELADI KEMAHANG,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KPDNKK,1,KUALA TAHAN,1,kubu jerantut,1,lata,1,lata jarum,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,LEKAT TULANG,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,12,LPT,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,Mat kilau,1,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,2,Matawang,2,MATAWANG NUMISMATIK,5,MATAWANG TAMPANG PAHANG,1,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,munyusu,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,2,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,1,Pak pacak,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,PELANCONGAN,1,Penawar rindu,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,penjawat awam muflis,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,34,Pulau chekas,1,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,Raub,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,Sejarah Pahlawan,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,SERANGGA,1,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ulu cheka jerantut,2,Ulu Dong,1,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,Warna warni hari ini,1,ZAKAT,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: KERAKUSAN MANUSIA MUSNAHKAN SUNGAI TEMBELING SEMAKIN KONTANG
KERAKUSAN MANUSIA MUSNAHKAN SUNGAI TEMBELING SEMAKIN KONTANG
https://1.bp.blogspot.com/-X3xhl07FZik/Vwg-e0TyYFI/AAAAAAAAacg/G5k4rcIx0Pols6CZxKXo2LbdWFu6TU6DA/s640/SUNGAI%2BTEMBELING%2BSEMAKIN%2BKONTANG%2B.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-X3xhl07FZik/Vwg-e0TyYFI/AAAAAAAAacg/G5k4rcIx0Pols6CZxKXo2LbdWFu6TU6DA/s72-c/SUNGAI%2BTEMBELING%2BSEMAKIN%2BKONTANG%2B.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2016/04/kerakusan-manusia-musnahkan-sungai.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2016/04/kerakusan-manusia-musnahkan-sungai.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy