MAIN MENU

Footer Pages

30 Jan 2016

SERANGGA GEGEPI ATAU PIANGGANG DAN DAUN KERSING

 
Serangga pianggang atau disebut juga gegepi @ gepi dalam bahasa orang Pahang nama saintifik Leptocorisa oratorius Fabricius, Hemiptera: Alydidae, Leptocorisa acuta adalah serangga yang menjadi hama penting pada tanaman penanaman, terutamanya padi. Banyaksekali nama yang disebutkan di nustara ini bagi serangga ini Walang sangit (Indonesia) Kungkang (Jawa Barat), Pianggang (Sumatera), Tenang (Madura). Haiwan ini mudah dikenali daripada bentuknya yang panjang, berukuran kira-kira 2 cm, berwarna coklat kelabu atau hujau dan mempunyai "belalai" (proboscis) untuk menghisap cecair tumbuhan.
Pianggang menghisap cecair tumbuhan dari tangkai bunga (paniculae) dan juga cecair buah padi yang masih pada tahap masak susu sehingga menyebabkan tanaman kelayuan dan kuning (warna kuning daun), dan perlahan-lahan mungkin mati.

Nama haiwan ini menunjukkan bentuk pertahanan dirinya, iaitu mengeluarkan aroma yang menyengat hidung (sehingga dinamakan "sangit" dalam bahasa Indonesia ). Salah satu kehebatan pianggang ini bila tersentuh atau disentuh ianya akan mengeluarkan aroma yang seakan hapak, busuk, hangit dan sebagainya.
Bau pianggang atau gegepi @ gepi ini serupa sahaja dengan bau daun kersing. Daun kersing @ daun kesing ini kalau di Negeri Pahang khasnya di Pahang Barat ianya diantara bahan istimewa dan penting sekiranya anda ingin menyediakan masakan gulai masam tempoyak ikan patin atau sebarang jenis masakan gulai masam tempoyak yang lainya.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.