MAIN MENU

Footer Pages

29 Mei 2015

ELAUN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PAHANG NAIK KEPADA RM 11,000

KUANTAN: Elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kini dinaikkan daripada RM4,112 kepada RM11,000.

Ia berikutan usul semakan Enakmen Saraan (Pindaan) 2015 yang dibentangkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, disokong semua ADUN dari kerajaan dan pembangkang serta diluluskan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenaikan elaun itu berkuat kuasa Januari lalu. -BHonline

Sumber dipetik daripada Bernama : Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun 42 anggota Dewan Undangan Negeri daripada RM4,100 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Terdahulu, rang undang-undang bagi pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan disokong oleh Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar).

Adnan (bawah) berkata elaun ADUN Pahang kali terakhir disemak pada tahun 1980 dan ia telah ditangguhkan terlalu lama berbanding negeri-negeri lain yang telah melakukan pindaan.
"Cadangan pindaan ini kita telah ambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Jika elaun dinaikkan para ADUN dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat," katanya yang kemudian mendapat sokongan majoriti ADUN termasuk ADUN pembangkang.

Choong Siew Ong (DAP-Tras) yang menyokong kenaikan elaun itu berkata elaun yang tinggi memberi lebih peluang kepada ADUN menjadi 'wang tunai segera' khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa kesusahan atau kes kecemasan seperti kemalangan, kecederaan atau kematian.

"Ia juga dapat menjadi penjamin kepada para pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi meneruskan pelajaran mereka," katanya yang mahu elaun ditingkatkan kepada seberapa tinggi yang kerajaan negeri mampu berikan.

Persidangan itu juga meluluskan usul mencadangkan pelantikan Pengerusi MCA Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan Ketua Wanita UMNO Kuala Krau Norahan Abu Bakar sebagai anggota Dewan Negara selama tiga tahun.

Persidangan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - Bernama

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.