MAIN MENU

Footer Pages

1 Mac 2015

INFO DAN KOLEKSI WANG KERTAS ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN MALAYA JIM 1942 - 1945

Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit kisah wang kertas lama dollar zaman Jepun ini. Ramai yang mengetahui dan mungkin pernah melihat wang ini. Tidak kurang mungkin ramai dikalangan kita yang menyimpan wang kertas ini. Mungkin daripada nilainya penulis tidak mengetahui berapa nilainya wang ini. Difahamkan sewaktu ketika dahulu wang ini banyak dikeluarkan dan dikatakan tiada nilainya sebab ramai pihak yang mencetak wang palsu daripada wang kertas ini. Di fahamkan hanya wang yang mempunyai siri nombor sahaja yang ada nilai. Sementara kosong tiada nombor siri mungkin tidak mempunyai sebarang nilai. Cuma mungkin ada nilai sejarahnya sahaja. Contoh wang dibawah ini yang ada siri nombornya.

Koleksi Wang Jepun JIM Malaya 1942 - 1945
Sedikit Info berkaitan dengan dolar dikeluarkan kerajaan Jepun ialah bentuk mata wang yang diedarkan oleh Empayar Jepun semasa pendudukan Jepun di Singapura,Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei antara 1942 hingga 1945. Ia merupakan salah satu daripada banyak bentuk wang serangan Jepun yang dikeluarkan di seluruh Empayar Jepun yang baru diperluas. Mata-mata wang yang serupa juga dikeluarkan di Burma(sebagai rupee Jepun), Hindia Timur Belanda (sebagai guilder Jepun) dan Filipina (sebagai peso Jepun). Dolar Jepun di Tanah Melayu juga dirujuk secara tak formal (serta dengan nada menghina) sebagai "duit pisang", dengan nama sindiran itu berasal daripada motif pokok pisang pada nota bank 10 dolarnya. Dolar Jepun itu digunakan secara meluas selepas dolar Selat dan dolar Malaya yang pernah digunakan sewaktu waktu dahulu.

Sedikit info berkaitan, setelah penyerahan Jepun, duit pisang langsung tidak bernilai dan sehingga ke hari ini, kerajaan Jepun enggan menukarkannya. Sesetengah orang tempatan berjaya mengelakkan kemiskinan kerana mereka menyembunyikan dolar Selat dan dolar Malaya yang merupakan mata-mata wang yang digunakan sebelum serangan Jepun. Oleh itu, mereka yang mempunyai dolar lama itu dapat menggunakannya sejurus selepas pihak British menyambung semula penguasaan Singapura dan tanah-tanah jajahan yang berhampiran. Sebilangan nota bank duit pisang dicap sebagai kenang-kenangan perang, dengan penggunaannya sebagai kertas bercetak untuk kalendar asas pada 1946 juga dicatat.

Sekadar serba ringkas info wang kertas zaman penjajahan Jepun di negara kita pada satu masa dahulu. Betapa jerit perihnya nenek moyang kita sewaktu penjajahan Jepun ini tidak dapat digambarkan oleh kita dan anak cucu dihari ini. Sekadar mendergar cerita mungkin tidak sama sekali dengan melaluinya. Jika berpeluang simpanlah wang ini sekadar dijadikan kenangan buat anak cucu kita dihari mendatang agar ianya menjadi kenang-kenangan. Bagi mereka yang pernah melalui zaman penjajahan Jepun ini pasti tidak dapat melupakan segala jerih perih dan detik hitam yang pernah dilalui oleh mereka. Sumber sebahagian disunting : ms.wikipedia.org | Olahan & Post by :  akuanakpahang.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. No siri japanese dollar cuma ada 1 no siri jx ke,coz sy ada 1 keping japanese dollar yg mempunyi no siri tapi x sama ngan no siri seperti kat blog ney

    BalasPadam
  2. No siri japanese dollar cuma ada 1 no siri jx ke,coz sy ada 1 keping japanese dollar yg mempunyi no siri tapi x sama ngan no siri seperti kat blog ney

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.