MAIN MENU

Footer Pages

27 Feb 2015

HAJI JABAR BIN HAJI KHATIB ENDOL BOMOH PATAH JERAM LANDAK

Penulis sekadar ingin berkongsi info berkaitan dengan bomoh patah Kampung Jeram Landak ini suatu kita dahulu, iaitu Allahyarham Haji Jabar Bin Haji Khatib Endol sememang beliau amat terkenal dengan kelebihan mengubati patah tulang atau lebih dikenali dengan nama "Bomoh Patah" boleh dikatakan beliau dikenali diseluruh negeri Pahang ini.
"Sekeping gambar yang dipaparkan ini hanyalah sekadar satu coretan kenangan. Mungkin ramai yang masih mengingati suatu ketika dahulu, kampung Jeram Landak lebih dikenali sebagai kampung 'Bomoh Patah'. Ramai dikalangan pengunjung ke kampung Jeram Landak adalah untuk mengubati penyakit yang diakibatkan oleh patah tulang. Allahyarham Haji Jabar Bin Haji Khatib Endol adalah merupakan salah seorang bomoh patah yang terkenal di seluruh Negeri Pahang disekitar tahun 1990an dahulu sebelum beliau meninggal dunia. Kepandaian allahyarham dalam bidang perubatan patah tulang secara tradisional yang diwarisi dari allahyarham bapa beliau juga menyebabkan allahyarham Hj Jabar pernah dilantik sebagai ahli urutan saraf/tulang untuk pasukan SUKMA Negeri Pahang. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan allahyarham sentiasa dikenang. Alfatihah." Sumber asal : Jeramlandak.blogspot.com

Difahamkan begitu banyak pantang larang jika kita berubat dengan beliau diantara yang pernah diceritakan larangan bagi meraka didalam tempoh masa berubat (waktu berpantang) tidak di benarkan memakan kacang bagi apa jua jenis kacang termasuk kicap, pucuk paku, dan seumpamanya. Kerana semua jenis itu jika di makan perlu dipatahkan mungkin itu simboliknya. Jika kita mengikut segala pantang laranganya insya Allah penyakit tersebut boleh diubati dengan waktu yang singkat.

Penulis juga pernah mendengar kisah mitos daripada keluarga ini sebagaimana pernah diceritakan. Bagaimana pada suatu hari kisahnya sauadara mereka telah meminjam batu asah dan batu asah tersebut telah patah, perkara ini amat mendukacitakan bagi saudaranya, jika ingin memulangkan batu asah yang patah tersebut. Lalu dengan keizinan Allah dan dengan daya usahanya batu asah tersebut telah dapat dicantumkan semula. Sama ada benar atau tidak cerita ini penulis juga tidak pasti namun pernah mendengar kisah ini secara lisan daripada orang-orang tua terdahulu akan asal usul cerita bomoh patah ini. Jika kisah diatas tidak benar harap maafkan penulis.

Alfatihah buat beliau.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.