Bagi penggemar ikan sungai pahang mungkin disini tempatnya, jika anda ingin mencari ikan air tawar sungai Pahang yang original. Pasti ikan-ikan jenis ini amat sedap jika dimasak gulai asam tempoyak atau gulai masam tempoyak tidak kurang begitu enak jika di masak kukus atau masak stim tentu amat menyelerakan.
Hari ini penulis sempat juga membeli seekor ikan tenggalan beratnya hampir 500gram dengan harga RM 20.00 ringgit. Bolehlah dibuat gulai masam atau gulai masak tempoyak. Jom berkunjung ke pekan sehari Jerantut. Untuk makluman jualan ikan sungai Pahang ini terkadang agak bermusim ada kalanya kurang dan ada kalanya tiada lansung amat bergantung pada cuaca dan keadaan semasa. Pada ketika ini begitu banyak sekali ikan sungai pahang dijual disini.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.