MAIN MENU

Footer Pages

10 Jan 2015

BELAJARLAH BERKATA BENAR | 10 TIPS MENGETAHUI SESEORANG ITU SEDANG BERBOHONG.

Bijak pandai ada mengatakan sebenarnya naluri kita boleh mengesan suatu kebohongan yang dikemukakan orang lain, malangnya fikiran sedar dan menghalang naluri semula jadi tersebut. Dengan kata lain, untuk kita mengesan pembohongan terkadang cukup sukar. Ternyata ada cara lain yang boleh kita lakukan untuk mengesan sesuatu pembohongan, iaitu dengan memerhatikan kebiasaan atau bahasa tubuh si pembohong. Dr. Lillian Glass, ahli analisa bahasa tubuh yang pernah bekerja untuk FBI ini menghuraikan apa saja yang dilakukan seseorang ketika berbohong.

1. Perubahan kedudukan kepala
Jika anda mengajukan suatu pertanyaan, dan orang yang anda tanya itu merubah kedudukan kepala seperti menyerongkan, menunduk, menarik kepala ke belakang sebelum dia menjawab bererti dia sedang berbohong.

2. Perubahan pola bernafas
Jika seseorang mula berbohong mereka cenderung menarik nafas lebih berat, ini kerana degupan jantung dan aliran darah berubah (menjadi tegang dan gugup).

3. Berdiri diam
Secara reflek anda akan bercakap sambil menggerakkan anggota tubuh, namun jika seseorang bercakap dengan kedudukan diam ini patut diberi perhatian kerana kedudukan kaku ini menandakan orang tersebut sedang dalam keadaan "bertahan".

4. Mengulang kata
Mengulang kata menandakan kalau orang tersebut sedang meyakinkan kebohongan kepada dirinya sendiri. Selain itu boleh juga dia sedang membahgikan masa untuk menyusun kebohongan selanjutnya.

5. Bercakap terlalu banyak
Jika anda mengajukan soalan dan orang tersebut berbalik mengulangi dengan jawapan-jawapan yang panjang, yang bahkan detail maklumatnya tidak berkaitan dengan soalan anda, boleh jadi dia sedang berbohong, pembohong biasanya mengulangi dengan maklumat agar anda percaya.

6. Menyentuh mulut
Memegang mulut atau bibir pada dasarnya menunjukkan kalau orang tersebut enggan untuk bercakap. Fakta yang keluar dari mulut orang yang enggan bercakap boleh jadi tiada nilanya.

7. Menutup bahagian tertentu tubuh
Ketika orang berbohong dan menjadi gugup mereka cenderung menutupi bahagian tubuhnya yang dianggap rawan seperti mulut, tekak, perut, dan dada.

8. Menggerakkan kaki
Ketika orang berbohong mereka cenderung menggerakkan / menggoyang kaki, tingkah ini menunjukkan orang tersebut tidak selesa dengan keadaan yang ada dan ingin segera pergi.

9. Sukar bercakap
Untuk kes ini biasanya ketika orang dalam keadaan stress, sistem saraf secara automatik mengurangkan pengeluaran air liur, kesannya adalah mulut terasa kering dan susah bicara.

10. Menatap terlalu lama
Perhatikan apakah cara bicara menatap mata anda terlalu lama tanpa berkelip, boleh jadi dia sedang berusaha mempengaruhi anda melalui tatapan matanya.

Sumber asal : anekainfounik | Olahan bahasa semula oleh : akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.