TASIK RINGLET, LEMBAH BERTAM MASIH DIANCAM BAHAYA

AKTIVITI mengorek lumpur mendalamkan Tasik Ringlet giat dijalankan TNB. TASIK Ringlet di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang melimpa...

AKTIVITI mengorek lumpur mendalamkan Tasik Ringlet giat dijalankan TNB.

TASIK Ringlet di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan empat nyawa serta merosakkan lebih daripada seratus rumah setahun lalu, masih dipenuhi dengan sampah dan enapan, meskipun pelbagai usaha giat dilakukan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membersihkan tasik berkenaan.

Dengan keadaan musim tengkujuh dan hujan yang turun lebih kerap sekarang, wujud kebarangkalian kemungkinan tragedi sama boleh berulang. Tinjauan Bernama di sekitar kawasan berkenaan mendapati aktiviti pertanian galak dilakukan di lereng-lereng bukit kawasan sekitarnya, malahan ladang-ladang baharu turut dibuka.

Penduduk yang berjaya menyelamatkan diri selepas banjir lumpur itu berlaku telah kembali mendirikan rumah di atas tanah rizab dan membuka penempatan di sepanjang tebing Sungai Bertam, lupa akan bahaya besar yang mengancam mereka.

Berdasarkan keadaan semasa di Tasik Ringlet, adalah sangat jelas bahawa banyak lagi harus dilakukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengelakkan tragedi seumpamanya berulang.

Banjir lumpur melanda kawasan itu pada awal pagi 23 Oktober tahun lalu apabila air Sungai Bertam melimpah susulan pelepasan air dari Empangan Hidroelektrik Sultan Abu Bakar, yang berusia 50 tahun. Tasik Ringlet yang berfungsi untuk menakung air bagi menjana elektrik di empangan itu, sebenarnya sudah 'tenat' dan tidak mampu lagi menampung kapasiti air seperti ketika ia mula-mula beroperasi. Di mana silapnya?

Kerja pengorekan tasik tambah baik Lembah Bertam
Dianggarkan TNB perlu mengorek dan mengeluarkan 750,000 meter padu enapan dan sampah menjelang hujung tahun ini dengan kos RM40 juta, perbelanjaan tahunan paling tinggi berbanding RM180 juta yang dibelanjakannya untuk kerja pengorekan empangan Ringlet sejak tahun 2001. "Kerja-kerja pengorekan ini memang rumit dan membabitkan kos yang tinggi.

"Selagi aktiviti membuka tanah dan perladangan tidak terkawal terus berlaku di kawasan huluan, selagi itulah kami perlu terus melakukannya," kata Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Bahagian Penjanaan TNB, Azman Talib. Menurut Azman kapasiti Tasik Ringlet untuk menakung air tinggal satu pertiga sahaja kerana dari kapasiti asal 6.2 juta meter padu, dua pertiga dipenuhi sampah dan enapan.

"Sekiranya dilonggokkan sehingga paras rumah dua tingkat, kami memerlukan kawasan seluas 100 padang bola untuk menempatkan semua kotoran ini," katanya. Antara sampah seberat dua tan yang dibawa keluar dari empangan itu setiap minggu, sebahagiannya adalah botol, perkakas elektrik, peralatan kayu, perabot, atap plastik dan bangkai binatang.

Mengulas lanjut, Azman berkata jumlah sampah domestik dan pertanian yang dibuang penduduk telah melonjak 10 kali ganda berbanding 50 tahun lalu.

"Ketika tahun 1960-an, enapan yang memasuki tasik hanyalah kira-kira 30,000 meter padu setahun. Kini, ia telah meningkat antara 300,000 hingga 500,000 meter padu," jelasnya.

Tragedi banjir lumpur
Mengimbau kembali tragedi tahun lalu, Azman berkata satu-satunya laluan air keluar dari Tasik Ringlet iaitu terowong air telah tersumbat sepenuhnya disebabkan peningkatan jumlah enapan dan sampah, seterusnya mengakibatkan paras air di empangan naik mendadak.

"Hujan lebat luar biasa dan banjir kilat di pekan Ringlet pula memburukkan lagi keadaan.

"Akibatnya, air terpaksa dilepaskan secara manual bagi mengelakkan kerosakan yang lebih buruk sekiranya pintu alur limpah terbuka secara automatik apabila tahap air empangan naik ke paras 3,513 kaki," kata Azman lagi.

Menceritakan pengalamannya, mangsa banjir lumpur, Mohd Faizal Mohamed, 32, berkata sebaik mendengar bunyi siren amaran, dia terus mendukung bayi serta isterinya yang masih dalam pantang menuju ke tingkat tiga bangunan kuarters guru yang terletak berhampiran Tasik Ringlet.

Beliau yang juga guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bertam Valley berkata, ketika kejadian paras air naik dengan begitu cepat.

Tingkat keselamatan penduduk
Azman berpendapat kawasan rizab sungai berhampiran empangan perlu dikosongkan daripada sebarang penempatan atau aktiviti ekonomi kerana terdapat risiko jika air dari empangan terpaksa dilepaskan semasa hujan lebat luar biasa.

Sebagai peringatan, TNB katanya telah memasang dua jenis papan tanda amaran yang tertera maklumat amaran dan kawasan bahaya di sekitar Lembah Bertam. Selain itu, 35 tanda amaran dipasang di sepanjang kawasan sungai dan jalan berdekatan, dengan kos perbelanjaan RM35,000. Setiap papan tanda dipasang pada jarak 500 meter dengan yang lain.

Papan tanda itu dipasang sehingga sejauh 10 kilometer (km) dari kawasan empangan. TNB turut memasang empat siren amaran (semboyan) baru dengan kos RM380,000 dalam lingkungan enam km dari Tasik Ringlet. Bunyi dan warna lampu amaran daripada semboyan berkenaan telah dipersetujui oleh agensi tempatan dan wakil penduduk Lembah Bertam.

Siren amaran
"Siren amaran ini mempunyai tiga jenis iaitu amaran pertama berjaga-jaga yang mana siren berputus-putus dan lampu berwarna jingga; amaran kedua bahaya, siren berterusan dan lampu berwarna merah; manakala amaran ketiga ialah air dilepaskan dengan siren berterusan, lampu warna merah dan lampu jingga," katanya.

Azman mendedahkan bahawa TNB dan TNB Research Sdn Bhd sedang membangunkan sistem amaran awal bagi Tasik Ringlet dengan kos RM1.9 juta. Sistem ini dapat menyalurkan maklumat awal berkenaan jumlah dan kederasan air yang mengalir ke tasik bagi membolehkan ramalan dibuat mengenai aliran luar biasa, sekali gus memberi amaran awal pelepasan air dari empangan kepada penduduk.

TNB juga melakukan pemantauan melalui telemetri bertujuan untuk memantau jumlah hujan yang turun dalam kawasan tadahan serta mengukur kederasan kemasukan air ke dalam empangan, katanya.

Beri kesedaran kepada penduduk
Bagi memberi kesedaran dan persediaan kepada penduduk Lembah Bertam menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini, TNB juga menyediakan pelbagai program dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara. Antaranya taklimat kesedaran empangan kepada penduduk termasuk murid serta guru di SJKC, latihan pengungsian dan limpahan air dari empangan selain latihan Desktop Drill.

Sebelum insiden banjir lumpur tahun lepas, program kesedaran seumpamanya diadakan, namun kurang mendapat sambutan penduduk. Bagi Tan Soo Ngau, 40, beliau kini lebih memahami dan tahu apa yang perlu dilakukan bila semboyan berkenaan berbunyi.

"Terima kasih kepada TNB kerana melatih penduduk apa yang perlu dibuat apabila mendengar bunyi siren. Sebelum ini kalau siren dibunyikan, saya tak tahu apa yang perlu dibuat," katanya.

Lim Yew Lee, 58, dan Fatimah Ahmad, 42, pula berpuas hati dengan penambahan papan tanda amaran dan sistem semboyan yang dilakukan. Penduduk Lembah Bertam kini lebih peka terhadap sebarang bunyi siren amaran selepas mengikuti kempen dan latihan kesedaran yang dianjurkan TNB.

Menyambut baik inisiatif yang diperkenalkan TNB, Ketua Kampung Lembah Bertam, Wong Sok Chai, 57, berkata penduduk kini lebih bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kerajaan negeri juga perlu memainkan peranan dengan mengawal pembukaan tanah dan agensi berkaitan pula sepatutnya mendalamkan lagi Sungai Bertam," kataya. Sumber - BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

COMMENTS

BLOGGER
Nama

ADAT RESAM,2,air terjun,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,2,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,ASAM RONG,1,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,4,BANDAR LAMA JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,1,BERITA,2,Berita Semasa,2,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,21,BICARA HATI,1,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BLOG,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH-BUAHAN,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,Cerita Lawak,7,cerita malam jumaat,1,Cintai Negara,1,citer setan,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,cucuk angin,1,cun,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,Gambar Klasik Pahang,2,GAMBAR PORNO SEX,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN STURGEON,1,info telur,1,INFORMASI,28,ISLAM,2,Jackie Chan,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Keajaiban Allah.,1,KELADI KEMAHANG,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KPDNKK,1,KUALA TAHAN,1,kubu jerantut,1,lata,1,lata jarum,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,LEKAT TULANG,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,11,LPT,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,Mat kilau,1,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,2,Matawang,2,MATAWANG NUMISMATIK,3,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,munyusu,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,2,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,1,Pak pacak,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,PELANCONGAN,1,Penawar rindu,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,penjawat awam muflis,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,34,Pulau chekas,1,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,Raub,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,Sejarah Pahlawan,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,SERANGGA,1,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ulu cheka jerantut,2,Ulu Dong,1,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,Warna warni hari ini,1,ZAKAT,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: TASIK RINGLET, LEMBAH BERTAM MASIH DIANCAM BAHAYA
TASIK RINGLET, LEMBAH BERTAM MASIH DIANCAM BAHAYA
http://1.bp.blogspot.com/-wYhzgYSgMsM/VFow63GyLcI/AAAAAAAAWlc/CwiNF4UjOxU/s1600/Lembah%2BBertam%2Bmasih%2Bdiancam%2Bbahaya.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-wYhzgYSgMsM/VFow63GyLcI/AAAAAAAAWlc/CwiNF4UjOxU/s72-c/Lembah%2BBertam%2Bmasih%2Bdiancam%2Bbahaya.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2014/11/tasik-ringlet-lembah-bertam-masih.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2014/11/tasik-ringlet-lembah-bertam-masih.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy