Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen 01 Oktober, 2014. Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20. Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.00.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui kenyataannya hari ini. Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.
"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu. Sumber Facebook.
AAP - Apa maksud "pengurangan subsidi" ramai juga yang terkeliru dengan ayat subsidi ini. Bilamana
diungkapkan "pengurangan subsidi dan kenaikan subsidi" petrol, gula,
tepung dan sebagainya. Beza kurangkan KENAIKAN SUBSIDI dan kurangkan
SUBSIDI. Yang satu adalah
kenaikan subsidi itu dikurangkan. Yang lagi satu subsidi itu sendiri
yang
dikurangkan.
Secara mudah untuk difahami bila kerajaan mengatakan "mengurangkan
subsidi" maksudnya kerajaan tidak lagi menampung subsidi barangan
tersebut dan rakyatlah yang akan menanggungnya.
Entri berkaitan : APA MAKSUD SUBSIDI DAN MENGURANGKAN SUBSIDI?
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.