Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

13 Mei 2013

APA MAKSUD SUBSIDI DAN MENGURANGKAN SUBSIDI?

Apa Maksud Subsidi?

Kita selalu mendengar perkataan "subsidi" atau pernah membaca tentang "subsidi". Namun adakah kita benar-benar faham dan jelas akan makna sebenar subsidi atau dengan kata lain Apa Itu Subsidi?. Mungkin ada dari kalangan kita yang memang jelas dan faham makna sebenar subsidi tetapi mungkin juga ada yang kurang faham atau tersalah faham tentang makna sebenar subsidi.

Subsidi ialah sebahagian atau beberapa peratus dari jumlah atau kos sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditanggung oleh sesuatu pihak. Pihak yang terlibat dalam memberi subsidi boleh terdiri dari pengeluar itu sendiri, sesuatu badan atau persatuan dan selalunya adalah kerajaan. Apabila subsidi ini diberi, ianya akan menjadikan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan itu menjadi murah serta tidak terlalu tinggi di pasaran.

Tujuan subsidi ini diberikan adalah untuk mengurangkan harga sesuatu barang dan perkhidmatan di pasaran sekaligus mengurangkan beban kewangan pengguna dalam membeli sesuatu barangan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan. Subsidi ini selalunya diberikan kepada barangan keperluan atau perkhidmatan asas yang mana merupakan keperluan penting bagi semua orang atau sesuatu kumpulan seperti pelajar, petani dan sebagainya.

Contoh mudah perkiraan subsidi seperti, sekiranya kos pengeluaran sekilo tepung Rm3.00, apabila dipasaran harga tepung mungkin dijual pada harga Rm3.30 sekilo selepas mengambil kira untung peruncit. Tetapi jika subsidi diberikan kepada kos pengeluaran sekilo tepung itu tadi sebanyak 30sen sekilo terhadap pengeluar, ianya akan membuatkan harga tepung dipasaran akan dijual dengan harga Rm3.00 dan ini tidak membebankan pengguna, peruncit dan juga pengeluar. Sebaliknya pihak yang membayar subsidi itu tadi yang menanggung kos sebanyak 30sen setiap sekilo tepung.

Harga barangan seperti tepung itu tadi mungkin akan naik di pasaran menjadi Rm3.30 jika subsidi terhadap tepung itu tadi ditarik balik kerana pengeluar terpaksa menanggung sendiri kos sebanyak 30sen itu tadi, sebalik harga tepung tersebut mungkin akan menjadi lebih murah dari Rm3.00 sekilo jika jumlah subsidi ditambah. Sumber :mohdzamirul.blogspot.com

Terkadang ramai juga yang terkeliru dengan ayat subsidi ini. Bilamana diungkapkan "pengurangan subsidi dan kenaikan subsidi" petrol, gula, tepung dan sebagainya. Beza kurangkan KENAIKAN SUBSIDI dan kurangkan SUBSIDI. Yang satu adalah kenaikan subsidi itu dikurangkan. Yang lagi satu subsidi itu sendiri yang dikurangkan. Secara mudah untuk difahami bila kerajaan mengatakan "mengurangkan subsidi" maksudnya kerajaan tidak lagi menampung subsidi barangan tersebut dan kitalah yang akan menanggungnya. Mungkin anda ada pandangan anda yang tersendiri dan ingin berkongsi dan menambah penjelasan diatas.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!