Tok Linggi meninggalkan adiknya di Semantan, sementara beliau bersama 80 oarang pengikutnya meneruskan perjalanan dengan menggunakan perahu, mudik ke hulu Sungai Pahang dan Sungai Jelai dengan dibantu oleh seorang pedagang. Tok Linggi bersama rombongan yang pertama telah sampai ke satu tebing sungai berpasir yang landai dan cantik serta banyak ikan sia datang bermain-main. Beliau telah menamakan tempat tersebut dengan nama Pasir Sia. Selepas itu mereka meneruskan perjalanan dan mendarat di Kampung Beralas dan Kampung Perlak. Mereka meneruskan perjalanan di darat dan berehat di sebuah tanah lapang yang menyerupai sebuah padang. Tok Linggi telah menamakan tempat tersebut sebagai nama Padang Tunggu, kerana di tempat tersebut mereka berehat menunggu rombongan kedua sampai. Kini tempat tersebut dinamakan Padang Tengku.
Tok Linggi bersama rombongan pertama dan kedua seramai 80 orang telah meneruskan perjalanan hingga ke sebuah tempat yang bernama Sungai Damar. Tok Linggi dan rombongan meneruskan lagi perjalanan mereka sehinggalah sampai ke sebuah bukit yang tinggi. Dari atas bukit tersebut beliau telah melihat permandangan alam semulajadi yang indah serta bentuk di kawasan tersebut seolah-olah seperti sebuah kawah yang merelong. Bukit tersebut dinamakan Bukit Peninjau dan kawasan yang dilihatnya indah dan cantik itu dinamakan Kampung Relong. Tok Linggi dan rombongannya terus menjadikan Kampung Relong sebagai tempat kediaman, dimana tempat pertama beliau menetap adalah di kawasan yang dinamakan Binjai, dan kemudian beliau berpindah pula ke satu kawasan baru yang dikenali sebagai Kuala Teha dan akhirnya di Kuala Relong.
Sumber gambar : artmelayu.blogspot.com
Tok Linggi menetap di Kuala Relong dan meninggal dunia di Kuala Relong dan dikebumikan di sebuah kawasan di tepi Sungai Teris di antara Kuala Teha dan Kuala Relong. Tempat tersebut dinamakan Makam Pusara Tok Linggi hingga ke hari ini dan ia merupakan salah satu tempat bersejarah di Kampung Relong. Tok Linggi atau nama sebenarnya Raja Ahmad telah berkahwin dengan seorang perempuan tempatan di tempat yang bernama Lubuk Yong dan meninggalkan zuriat yang disebut sebagai keturunan Tok Linggi hingga ke hari ini. Tok Linggi telah menamakan beberapa tempat diantaranya ialah Pasir Sia, Perlak, Beralas, Bukit Penijau, Binjai, Relong, Kuala Teha, Kuala Relong, Sawa dan Geta dengan mengambil nama sempena nama-nama tempat yang terdapat di Sumatera Barat dan Bukit Peninjau juga merupakan tempat asal beliau.
Dato’Linggi merupakan orang yang telah membuka perkampungan di Kampung Relong sekitar tahun 1795. Sehingga ke hari ini tidak banyak yang diketahui mengenai Dato’ Linggi dan asal usulnya. Yang mana asalnya seorang Sultan Kerajaan Johor-Riau kemudiannya menjadi rakyat biasa. Hampir sebahagian besar daripada penduduk di Kampung Relong kini dan sebahagiannya di kampung berdekatan seperti kampung Berchang, Kampung keledek dan Kampung Lubuk Kulit ialah generasi Tok Linggi. Namun begitu,sekiranya kita bertanyakan mereka berkenaan dengan teremba mereka,pastinya jawapan mereka ialah ketidakpastian dengan keturunan mereka daripada anak Tok Linggi yang keberapa atau mereka sendiri dari keturunan mana.
Teremba atau juga dikenali sebagai teromba merupakan 2 perkataan yang membawa makna yang sama. Terdapat banyak pengertian teremba atau teromba. Ada yang menyatakan bahawa teromba sebagai perbilangan adat, undang-undang yang tetap dan kata-kata adapt Teremba atau Teromba dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo dan salasilah. Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adapt dan hokum-hukum hidup bermasyarakat. Manakala Kamus Dewan Edisi ke-4 memberi makna teremba sebagai salasilah atau susur galur keluarga atau family tree. Pada era globalisasi yang semakin menghakis nilai kekeluargaan ini, kepentingan teremba ini semakin disedari oleh sebahagian besar masyarakat yang masih lagi menghargai nilai kekeluargaan ini. Oleh sebab itulah, keturunan Dato’Linggi yang sebahagian besarnya berada di Kampung Relong, Kuala Lipis Pahang semakin membuka mata mereka untuk menjejak kasih dengan mengenali teremba Dato’Linggi ini memandangkan pentingnya kita mengenali asal usul kita dan perlunya kita mengenali keluarga kita serta insan yang mempunyai pertalian darah dengan kita untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim.
SEJARAH DATO’LINGGI BERDASARKAN KOLEKSI CERITA-CERITA LISAN KETURUNAN DATO’LINGGI YANG MENETAP DI KAMPUNG RELONG
1. Dato’Linggi nama asalnya Dato’ Ahmad juga dikenali sebagai Lihi, Licu, Baginda Lingga
2. Dato’Linggi pernah menjadi Sultan Kerajaan Johor-Riau
3. Dato’Linggi pernah dijemput oleh Bendahara Pahang pada masa baginda sedang gering, menunjukkan baginda mempunyai pertalian dengan Bendahara.
4. Dato’Linggi juga merupakan orang ahli agama, alim dan warak.
5. Dato’Linggi dikatakan sampai ke Kampung Relong melalui jalan air (sungai) iaitu mudik Sg.Pahang, Sg.Jelai dan singgah di suatu tempat yang dianmakan ‘Padang Tengku” bersempena dengan gelaran ‘Tengku’ yang diwarisi oleh Dato’ Linggi. Dari sini beliau mudik sehingga ke Sg.Telang.
6. Dari Sg Telang jong atau kapal yang dinaiki oleh Dato’Linggi telah ditarik dengan rotan sehinggalah sampai ke penghujung iaitu tempat yang dikenali sekarang sebagai Kampung Relong bersempena dengan keadaan kawasan yang lembah dan dikelilingi oleh banjaran/bukit (Relong). Kesan laluan jong tersebut membentuk alur sungai yang dinamakan Sungai Teris.
7. Dato’Linggi datang bersama-sama rombongannya mendirikan perkampungan di Kampung Relong dan keturunannya menetap di sini sehingga ke hari ini.
8. Dato’Linggi tidak memakai gelaran Sultan atau Tengku bagi menghindarinya daripada dikenali oleh orang luar yang mungkin datang untuk membunuhnya. Anak-anak Baginda juga tidak menggunakan gelaran tersebut.
9. Dato;Linggi pernah dicari oleh orang-orang luar yang mengaku wakil Bendahara tetapi tidak berjumpa kerana Baginda menggunakan nama-nama lain seperti yang tersebut diatas.
Sumber.
Pepustakaan Desa Kampung Relong
dengan kerjasama Penyelia Zon 5 PD-PNM (Puan Faridah Mustafa)
Sumber dan Links:
1. toklinggi-zulkarnain.blogspot.com (salahsilah-tok-linggi-relong)
2. ainhizcom.blogspot.com (keturunan-mahudin-cucu-tok-linggi)
3. utusan (Perhimpunan 4,000 ahli keluarga keturunan Tok Linggi)
4. rajaahmad.blogspot.com (sejarah-dato-ahmad-dato-linggi-kg-relong)
5. relongkini.webs.com (sejarah)
6. artmelayu.blogspot.com (makam-tomb-of-tok-linggi-kampung-relong)
7. http://lamanperpustakaan.blogspot.com ( Sejarah Kampung Relong - Dato Linggi)
# Post By : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
Alhamdulillah.. kas juga ada teremba yang dimaksudkan. jujuran ke Pwg Tamat - Alas..
BalasPadam