MAIN MENU

Footer Pages

14 Sep 2014

"LEPAS NI, KITA MAKAN MASAK TEMPOYAK IKAN STURTIN @ STURGEON"

Tulisan mengenai projek sturgeon di Kuala Tahan di dalam majalah Mastika. Photo credit: Zaidil Akbar Md Said. Untuk berita penuh boleh dapat Majalah Mastika.


[ 10 Sebab kenapa penduduk Kuala Tahan Menentang Projek Sturgeon ]

Ramai yang bertanya kenapa projek ini di bantah oleh penduduk Kuala Tahan.Berikut adalah 10 sebab utama :

1. Ikan ini tersenarai sebagai ikan larangan import oleh Jabatan Perikanan Malaysia kerana penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan bersifat "predator" yang menggangu keseimbangan biodiversiti perairan sungai.

2. Sg Tabong yang terletak di kawasan projek ini adalah bekalan air alternatif ketika musim banjir dan kemarau .Pada masa ini, bekalan air ini masih di gunakan oleh Masjid Kuala Tahan ,Sekolah Kebangsaan ,Klinik Kesihatan dan sebilangan penduduk Kuala Tahan.

3. Lokasi projek adalah lebih kurang 2km di hulu muka sauk Sg Tembeling .Dikhuatiri sisa buangan termasuk bakteria bawaan panyakit (jika ada) akan terlepas ke Sg Tembeling dan akan mencemarkan bekalan air kepada penduduk serta menjejaskan kualiti air Sg Tembeling yang di huni oleh spesis patin,jelawat,kerai ,sebarau dan sebagainya yang menjadi sumber protein penduduk setempat serta penduduk di sepanjang sungai Tembeling.

4. Ikan sturgeon ini di katakan akan di pelihara didalam kolam kolam yang akan di bina,Namun ,kita tidak dapat menolak kemungkinan ikan ini terlepas ke Sg Tembeling akibat banjir besar dan sebagainya yang akan mengancam populasi ikan tempatan dan menyebabkan kepupusan.

5. Kawasan pembinaan terletak bersebelahan sempadan Taman Negara .Selain menyakitkan pemandangan kerana hutan asal di gondolkan ,proses pembinaan kompleks yang bising akan menakutkan hidupan liar dan menjejaskan kepelbagaian-bio serta sistem ekologi persekitaran Taman Negara .Akhirnya ,ia akan menjejaskan nama Taman Negara yang terkenal di dunia sebagai kawasan perlindungan dan santuari hidupan liar utama di Malaysia .

6. Penebangan balak akan menyebabkan hakisan tanah dan menjadikan sungai semakin keruh selepas hujan.

7.Sekto eko-pelancongan di Kuala Tahan adalah rancak sehinggakan tiada masalah peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Malah ,banyak peluang pekerjaan di isi oleh penduduk sekitar Alor Tembeling dan Jerantut.Di katakan projek stugeon ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat.Jadi ,siapakah yang akan mengisinya ? Semestinya warga asing dan akan mewujudkan konflik dengan penduduk setempat serta gejala sosial.

8. Kini pembalakan di hulu sungai telah menjadikan keadaan Sg Tembeling keruh dan proses pembinaan kompleks sturgeon ini akan menjadikan air sungai lebih keruh dan tercemar.Nasib penduduk Kuala Tahan yang hampir 90% bergantung kepada industri eko-pelancongan akan terjejas dan menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi setempat dan negara.

9. Projek ini adalah projek FELDA tetapi di jalankan di kawasan hutan simpan di Kuala Tahan sedangkan terdapat banyak tanah FELDA di seluruh Malaysia yang boleh di gunakan.Pokok-pokok balak yang tidak ternilai di kawasan 50 ekar tersebut turut terjejas kerana pembinaan kompleks perternakan sturgeon ini.

10. Projek ini di bina tanpa perbincangan dengan penduduk tempatan.Penduduk kampong telah meminta sesi taklimat dan dialog bersama penduduk kampong d adakan di Kuala Tahan tetapi masih tidak di endahkan sehingga kini. Sumber : Kami Bantah Projek Perternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

AAP -  Gamaknya apa rasa ikan sturgeon ini kalau dimasak tempoyak?  :) Mungkin lagi sedap daripada ikan kelah, jelawat, temoleh gamaknya :) 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.