MAIN MENU

Footer Pages

5 Sep 2014

INFO BUAH TABAN DAN BUAH TAMPOI


Ada pihak yang mengatakan "Buah Taban" lebih kurang sama dengan Buah Tampoi. Beza taban dengan tampoi,  buah taban tumbuh pada batangnya dan tampoi pula pada semua bahagian pokok. Isi buah taban agak kejul atau kenyal sedikit. Sementara tampoi agak lembut isinya dan rasanya seakan sama sahaja masam-masam manis. Jika kurang masak mungkin ada rasa sedikit pahit.
Buah Tampoi atau nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa @ Baccaurea griffithii mempunyai  rasa yang enak dan sedikit lemak. Namun, ada juga yang kata isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang  sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula  ia boleh dijadikan minuman keras.

Orang Asli dari suku Jakun, Suadi, 43, menggantung buah tampoi yang dijual digerainya di tepi jalan berdekatan Kampung Soi, Jalan Kuantan-Pekan semasa tinjauan foto BERNAMA, di Kuantan, Pahang. Satu ikat dijual pada harga RM5. Buah hutan ini dikatakan hanya berbuah setiap tujuh tahun sekali dan kini merupakan musim pokok itu berbuah.Menurut Choteng, suaminya bersama beberapa rakan terpaksa meredah hutan tebal di kawasan berdekatan sejauh 20 kilometer untuk mencari buah tersebut. Jadi tidak hairanlah buah tampoi kebanyakannya dijual oleh masyarakat Orang Asli kerana buah itu hanya boleh didapati di dalam hutan dan sukar didapati di pasaran. Dengan isinya yang lemak manis, buah itu menjadi pilihan orang ramai terutama penggemar buah-buahan tempatan. - Bernama

Apakah kedua-dua jenis buah ini sama sahaja, cuma berbeza pada sebutanya sahaja? Penulis juga kurang pasti, atau sememang ada perbezaanya? Jika sekali pandang mungkin buah ini seakan sama sahaja.  Buah ini sekiranya di Pahang lebih popular disebut "Buah taban". Buah tampoi juga dikenali dengan nama "Buah Larah" di Hilir Perak.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. oo..Kat tganu ..org panggil Bush ngekel(xtau nk eja cmner)..buah yg sama..isinya ampir mcm rambai tp version besar skit...buah INI mmg agk mhl..SBB Buah hutan..

    BalasPadam
  2. Sy Ada 5 pokok tampoi di kebun..setiap Tahun Berbuah lebat๐Ÿ˜๐Ÿ˜..xprnah xbrbuah..alhamdulillah

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.