MAIN MENU

Footer Pages

4 Sep 2014

KERANG SEKITAR PERLABUHAN KUANTAN DICEMARI TOKSIN DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN

KUANTAN : Jabatan Perikanan negeri mengesahkan semua jenis kerang di sekitar Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelam, dekat sini mengandungi toksin Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) yang boleh menyebabkan kematian kepada individu yang memakannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata toksin itu dikesan menerusi pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Perikanan terhadap sampel tiram di kawasan itu susulan kejadian lapan pekerja Indonesia yang mengalami keracunan makanan selepas memakan tiram di pelabuhan itu pada 1 Ogos lalu.

Katanya, keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bacaan toksin PSP bagi sampel tiram berkenaan melebihi daripada standard piawaian ditetapkan iaitu melebihi 80 mikrogram (ug) per 100 gram.

"Bacaan toksin PSP yang diperoleh bagi sampel itu adalah di antara 317 hingga 3,560 ug/100g. Sehubungan itu, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mengutip atau memakan kerang di kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi  www.bharian.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.