Cuma penulis tertarik dan terpandang pada tarikh binaan yang terdapat pada jambatan sungai kepung ini yang tercatat dibina pada tahun 1939 sudah 75 tahun berlalu pada tahun 2014 ini. Difahamkan jambatan ini telah dibina semasa zaman penjajahan Inggeris. Pasti ada cerita dan kenangan tersendiri pada mereka yang berkaitan dengan sungai kepung ini. Mungkin anda ada kisah dan kenangan disebalik jambatan 'sungai kepung' ini bolehlah dikongsikan bersama penulis.
Merujuk maksud kepung daripada kamus dewan (DBP) ; berkepung berdiri atau duduk mengelilingi sesuatu. mengepung mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari: Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. terkepung sudah dikelilingi (oleh pihak lawan atau musuh). kepungan lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. pengepungan perbuatan atau hal mengepung: ~ itu berlaku selama tiga hari, kemudian barulah pihak musuh menyerah diri.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.