PROJEK IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN DILAKSANAKAN SECARA HARAM, DIHENTIKAN SERTA-MERTA.

  KUALA LUMPUR : Projek Ikan Sturgeon di Sungai Tebung, Kuala Tahan dihentikan serta-merta selepas ia didapati dilaksanakan secara har...

 
KUALA LUMPUR: Projek Ikan Sturgeon di Sungai Tebung, Kuala Tahan dihentikan serta-merta selepas ia didapati dilaksanakan secara haram dan gagal mematuhi prosedur melibatkan aspek pembinaan dan alam sekitar.

Kelemahan projek itu yang dikesan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) selepas mendapat aduan penduduk kampung, disusuli pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Alam Sekitar pada Khamis.

Berikutan pertemuan yang turut disertakan dengan penyerahan notis bantahan kepada kementerian terbabit, kerja-kerja menebang hutan di tapak projek berkenaan dihentikan.

Pengerusi MNS, Prof Dr Maketab Mohamed mendakwa projek tersebut dilaksanakan secara haram tanpa sebarang maklumat diberikan kepada penduduk kampung.

Justeru, beliau berkata, pihaknya dan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris akan mengadakan dialog dengan penduduk kampung berkenaan dalam masa terdekat.

"Sesi dialog itu akan turut disertai Jabatan Perlindungan dan Taman Negara (Perhilitan) dan Felda Global Ventures Holding (FGV) bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan projek berkenaan," katanya.

Beliau berkata, spesies ikan sturgeon berbahaya kerana ia ikan pemangsa dan MNS bimbang jika terlepas ke Sungai Tembeling ia boleh menyebabkan ikan seperti patin, jelawat, kerai dan sebarau pupus.

"Dalam pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof dan Ketua Pengarah, Jabatan Perhutanan, Prof Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Rahim di Putrajaya semalam (Khamis), mereka berjanji pihak kementerian akan melihat isu berkenaan secara mendalam.

"Pada masa sama, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) juga akan dijalankan, namun ia akan mengambil masa sehingga sembilan bulan,” katanya pada sidang media di pejabat MNS di Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kuala Tahan, Abdul Jalil Abdul Rahman berkata, kira-kira 2,000 penduduk kampung akan terjejas dengan pelaksanaan projek yang dijalankan secara haram itu.

"Saya telah dua kali menghantar petisyen kepada kementerian berkenaan bulan lalu, namun sehingga kini masih tiada jawapan.

"Terdapat kira-kira 800 penduduk di mana sumber pendapatan mereka melalui eko-pelancongan dan pelaksanaan projek ini akan menyukarkan mereka, malah kami membantah kerana ia juga menyebabkan ekosistem terganggu,” katanya.

Berdasarkan laporan yang diperoleh, Abdul Jalil berkata, projek pembinaan ikan sturgeon yang dilaksanakan FGVH itu didapati tidak memasang sebarang papan tanda memaklumkan mengenai projek tersebut.

"Bukan itu sahaja, kami kesal kerana hutan taman negara ditebang dengan sewenang-wenangnya untuk membina jalan masuk. Lebih mengecewakan apabila pihak pemaju mencuri bekalan air yang disalurkan untuk kegunaan penduduk setempat.

"Ada pihak yang bertanggungjawab menggunakan nama pihak berkuasa. Saya yakin mereka tidak memberitahu perkara sebenar,” katanya.

Difahamkan Jabatan Perikanan Malaysia telah menyenaraikan ikan sturgeon sebagai spesies ikan yang dilarang untuk dibawa masuk ke negara ini.

Kawasan tanah seluas 20 hektar akan digunakan untuk membina kolam ikan sturgeon di kawasan Sungai Tebung, Kuala Tahan. Ia terletak kira-kira dua kilometer dari hulu Sungai Tembeling. Sumber : Mstar.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Nama

ADAT RESAM,1,air terjun,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,1,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,4,BANDAR LAMA JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,1,BERITA,2,Berita Semasa,2,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,20,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BLOG,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH-BUAHAN,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,Cerita Lawak,7,cerita malam jumaat,1,Cintai Negara,1,citer setan,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,cucuk angin,1,cun,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,Gambar Klasik Pahang,1,GAMBAR PORNO SEX,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN STURGEON,1,info telur,1,INFORMASI,12,ISLAM,2,Jackie Chan,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Keajaiban Allah.,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KPDNKK,1,KUALA TAHAN,1,kubu jerantut,1,lata,1,lata jarum,1,lata jerantut,1,lata meraung,1,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,11,LPT,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,Mat kilau,1,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,1,Matawang,2,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,munyusu,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,2,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,1,Pak pacak,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,Penawar rindu,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,penjawat awam muflis,1,PERBANKAN,1,PERKAHWINAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,33,Pulau chekas,1,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,Raub,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,Sejarah Pahlawan,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ulu cheka jerantut,2,Ulu Dong,1,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,Warna warni hari ini,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: PROJEK IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN DILAKSANAKAN SECARA HARAM, DIHENTIKAN SERTA-MERTA.
PROJEK IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN DILAKSANAKAN SECARA HARAM, DIHENTIKAN SERTA-MERTA.
http://2.bp.blogspot.com/-FG9fcG-JcXg/U_LP8-VJscI/AAAAAAAAVBU/zaki2MkzQ54/s1600/Projek%2BIkan%2BSturgeon%2BDihentikan%2B2.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-FG9fcG-JcXg/U_LP8-VJscI/AAAAAAAAVBU/zaki2MkzQ54/s72-c/Projek%2BIkan%2BSturgeon%2BDihentikan%2B2.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2014/08/projek-ikan-sturgeon-di-kuala-tahan.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2014/08/projek-ikan-sturgeon-di-kuala-tahan.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy