MAIN MENU

Footer Pages

31 Mac 2014

INFO POKOK SENDUDUK PUTIH DAN SENDUDUK UNGGU

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong daripada kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibuang didalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih amat jarang sekali ditemui tumbuh secara meliar. Ianya hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan sahaja. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan seribu satu jenis penawar untuk mengubat terkena racun atau santau tidak kurang ilmu pengasih dan pelbagai kegunaan lainya.

Pokok senduduk putih begitu sinonim dengan masyarakat melayu dan kebanyakannya percaya ianya ada kaitan dengan alam mistik. Selain dari nilai perubatan ianya juga dicari kerana dipercayai mempunyai nilai mistik dan seribu satu macam kisah senduduk putih ini. Kalau mengikut cerita dongeng ada juga yang mengatakan dibawah pokok senduduk putih itu dapat emas dan permata, tapi bukan yang ditanam sebaliknya yang tumbuh meliar kata mereka.

Ramai yang menyatakan senduduk putih jarang ditemui dan ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ianya boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular dan lain-lain penyakit yang berkaitan. Sememang kita agak sukar untuk mencari senduduk putih yang tumbuh meliar namun mungkin ianya boleh di temui di nurseri. Apapun dari segi khasiat perubatan dan mistiknya mungkin ianya sudah menjadi sedikit hambar dan kurang memberi kesannya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

7 ulasan:

  1. Di kampung Bak (ayah) saya di Pontian, Johor, ada satu kampung nama Kampung Seri Bunian, dan dulu di kawasan itu banyak pokok senduduk putih tumbuh meliar....,,

    BalasPadam
  2. saya ada terjumpa pokok senduduk putih di belakang rumah awal pagi tadi..bahagian mana yang bermanfaat tu? mgkin saya nak potong batang dier supaya byk kuar cabang.. atau pindah masuk pasu jer nanti

    BalasPadam
  3. Daunnya boleh diguna utk mengubati luka dan hentikan pendarahan. Caranya, ramas daun hingga lumat ia akan mgluarkan cecair kekuningan. Letakkan pada bhg yg luka atau bhg yg kena sengat spt lebah,tebuan atau lipan dll. Boleh balut guna kain supaya daun terus melekat pd bhg luka/ yg terkena sengatan. Selawat dan mohon kesembuhan dri Allah..insyaallah mujarab.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.