MAIN MENU

Footer Pages

1 Apr 2014

PANDUAN PERMOHONAN ONLINE PERUMAHAN AWAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Sila ambil perhatian perkara-perkara di bawah sebelum mengisi borang permohonan online ini.

PERINGATAN
1. Sila pastikan pemohon mencetak slip permohonan sebagai rujukan dan simpanan.
2. Pemohon diwajibkan menghantar dokumen-dokumen berikut ke Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang:
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Suami/Isteri (jika berkaitan)
2. Salinan Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan/Perceraian (jika berkaitan)
3. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
4. Salinan Slip Gaji Pemohon dan Suami/Isteri (jika berkaitan)
5. Surat Perakuan Pendapatan (jika tiada slip gaji)
6. Surat Akuan Sumpah
7. Surat Pengesahan Bermaustatin diNegeri Pahang(Jika pemohon bukan rakyat pahang)
SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegera Malaysia dan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
a) Perumahan Kos Rendah (Kerajaan)
i ) Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
ii ) Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
b) Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta)
i ) Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon
4. Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah
5. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan
6. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan
7. Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.
SEMAKAN PERMOHONAN Semakan permohonan boleh dibuat di:
1. Laman http://eperumahan.pahang.gov.my dalam tempoh tujuh (7) hari berkerja selepas permohonan berserta dokumen lengkap dihantar ke Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Keraajaan Pahang atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang.

Untuk keterangan lanjut anda juga boleh terus melayari laman web berkenaan klik  : PANDUAN PERMOHONAN ONLINE PERUMAHAN AWAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Sumber :  http://eperumahan.pahang.gov.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Surat akuan sumpah tu nak buat macam mane ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena pergi mahkamah, biasa dekat kaunter je

      Padam
  2. assalamualaikum...
    saya nak tanya macam mana kita nak memohan rumah anak pahang /prima rumah pertama,
    saya dah buat pemohanan tapi tak ada panggilan / makluman balas dari SUK
    boleh tak jelas kan kepada saya macam mane.....

    BalasPadam
  3. saya anak jati pahang kawasan kg.jawi2, pelangai, bentong, pahang..
    saya berminat nak mohon rumah kat perumahan kg baris.
    mcmana saya nk dapatkan rumah itu

    BalasPadam
  4. boleh tahu.. ade x area kempadang atau pak mahat

    BalasPadam
  5. Saya dah mohon dari thun lepas tpi pihak suk tak beri keputusan sampai hari ini.lulus atau gagal

    BalasPadam
  6. salam..kat mana nak dapat kn borg ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dptkan di Pejabat Daerah di daerah tuan.

      Padam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.