'Buah letup' atau 'buah letup-letup' nama saintifiknya (Passiflora foetida) merupakan
sejenis dari kumpulan rumpai yang tumbuh liar di negara kita dari
keluarga Passifloraceae. Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan
rumpai jenis menjalar dan menghasilkan rasa buahnya yang manis dan sedikit masam. Pastinya buah ini begitu sedap untuk dimakan. Ramai yang mengenali akan tumbuhan ini kerana ianya banyak tumbuh dikawasan kampung,
kebun, ditepi jalan, serta di kawasan tanah yang baru di terokai.
Terkadang kita juga agak keliru kerana nama buah
'letup-letup' ini selalunya merujuk kepada dua jenis buah yang berbeza
iaitu letup-letup yang menjalar dan juga sejenis lagi letup-letup pokok tumbuh menegak. Apa pun nama bagi kedua-dua jenis buah ini biasanya kita akan menyebut buah letup atau letup-letup sahaja.
Tumbuhan
ini natif dari kawasan tropika seperti di Asia Tenggara dan juga di USA
Selatan, Hawai, Amerika Selatan, Afrika Barat dan sebagainya. Ditempat
lain tumbuhan ini juga dipanggil sebagai marya-marya, bush passion fruit, stinking passionflower, wild maracuja, love-in-a- mist, Timun Padang, Buah Tikus dan juga Kha Tok Rok (Thailand).
Mungkin kita boleh menjangkakan bagaimana tumbuhan ini diberi nama sebagai
'letup-letup', mungkin kerana buahnya yang berbentuk bulat dan
apabila buah ini matang (masak) dan bila di tekan akan menghasilkan bunyi seperti letupan
kecil. Pernah dikabarkan pokok ini mampu mengubati penyakit stroke. Caranya ambil pokok ini dgn akarnya sekali cuci bersih-bersih dan direbus. Sejukan air rebusan tadi dan diminum 2 kali sehari insya Allah penyakit stroke akan berkurangan.
Buah ini pasti menjadi nostalgia sewaktu dizaman kanak-kanak kerana menjadi makanan sampingan. Kerana mungkin buahnya tidak bermusim sepanjang masa sentiasa ada. Kini waktu sudah berlalu nak jumpa pokok buah ini pun sudah agak susah. Anak-anak di hari ini pun mungkin sudah tidak mengenali buah ini, apatah lagi untuk merasai akan kenakan rasa buah letup atau letup-letup ini.
Wassalam, Wa'allahhualam.
betul!masa kecik2 dulu,jumpa saja buah ni pasti terus makan.rindu nak merasa buah letup ni.skrg nak tengok pokoknya pun dah tkdak.tp mungkin d kampong2 mungkin ada kot.Nostalgia.....
BalasPadamSaya Ade banyan buah letop ni mcm ne nk mjualnye
BalasPadam