INFO APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KOTAK HITAM PESAWAT?

Jika anda mengikuti perjalanan usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) nombor penerbangan MH370, pastinya anda telah ...

Jika anda mengikuti perjalanan usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) nombor penerbangan MH370, pastinya anda telah mendengar istilah “black box” atau kotak hitam disebut beberapa kali dalam perbincangan atau berita yang dilaporkan dari wartawan dari pelbagai agensi media.

Namun, tahukah anda apa itu kotak hitam di dalam pesawat dan apa kepentingganya?

Kotak hitam ialah sejenis alat khusus untuk merakamkan perjalanan penerbangan sesebuah pesawat dari aspek sistem teknikal pesawat dan juga perbualan juruterbang di dalam pesawat.

Dalam terma teknikal ia dikenali sebagai ‘Flight Data Recorder (FDR)’ atau juga dikenali sebagai ‘Accident Data Recorder (ADR)’. Sebuah lagi alat merakam perjalanan penerbangan dikenali sebagai ‘Cockpit Voice Recorder (CVR)’.

FDR atau ADR akan merakamkan setiap isyarat elektronik dan teknikal yang dibuat oleh juruterbang secara terperinci dari segi ketinggian, kelajuan dan penggunaan peralatan dalam sesebuah pesawat.

Manakal CVR pula merakamkan perbualan antara juruterbang dan pembantu serta komunikasi juruterbang dengan pengendali menara kawalan trafik udara sepanjang penerbangan sehingga tamat sesebuah penerbangan pada saat enjin pesawat dimatikan selepas mendarat dan diparkir di lapangan terbang.

Oleh itu, di dalam sesuatu nahas pesawat terhempas, penemuan kotak hitam ini amat perlu kerana data yang diperoleh daripada rakaman akan membantu keseluruhan siasatan dan mengenalpasti punca sesebuah kemalangan itu berlaku.

FDR dan CVR akan mula merakamkan data penerbangan bermula apabila enjin pesawat dihidupkan, pemeriksaan senarai langkah untuk berlepas (take-off checklist) dan juga apabila pesawat sudah mula bergerak (taxi), berlepas dan mendarat.

Jika kemalangan berlaku, keutamaan pertama ialah untuk mencari bangkai pesawat dan seterusnya mencari kotak hitam pesawat berkenaan.

FDR dan CVR direka berwarna jingga supaya ia mudah dikesan jika pesawat terbakar, terbenam di dasar laut dan juga jika ia terselindung di dalam hutan atau salji.

Pihak penyiasat akan mendengar dan meneliti setiap data di dalam alat berkenaan supaya mereka boleh mereka semula pergerakan pesawat menggunakan lakaran grafik dari permulaan pesawat berlepas sehingga nahas berlaku.

Dalam kes pesawat Air France yang dalam penerbangan dari Rio De Jeneiro, Brazil ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 1 Jun 2009, kotak hitam atau FDR/CVR hanya dapat dikesan selepas dua tahun nahas itu berlaku kerana lokasi pesawat berkenaan ialah di dasar lautan yang sangat dalam.

Kejadian itu melibatkan pesawat jenis Airbus A330-203 yang terhempas di Lautan Atlantik membunuh kesemua 216 penumpang dan 12 anak kapal.

Kerana itulah, keutamaan pasukan mencari pesawat MH370 pada ketika ini ialah untuk mengenalpasti lokasi pesawat berkenaan sebelum mencari kotak hitam berkenaan bagi memulakan siasatan mencari punca kejadian. – MYNEWSHUB.MY

Kotak hitam atau black box adalah sekumpulan peranti yang digunakan dalam bidang pengangkutan - umumnya merujuk kepada perakam data penerbangan (flight data recorder; FDR) dan perakam suara kokpit (cockpit voice recorder; CVR) dalam pesawat terbang.

Fungsi dari kotak hitam sendiri adalah untuk merakam perbualan antara juruterbang dan pemandu lalu lintas udara atau air traffic control (ATC) serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan. Walaupun dinamakan kotak hitam tetapi sesungguhnya tempat tersebut tidak berwarna hitam melainkan berwarna jingga (oren). Perkara ini dimaksudkan untuk memudahkan pencarian jika pesawat itu mengalami kemalangan.

Penempatan kotak hitam ini dilakukan sedemikian rupa sehingga mudah dijumpai. Umumnya terdapat dua unit kotak hitam yang diletakkan pada bahagian depan pesawat dan bahagian ekor pesawat, yang diyakini merupakan bahagian yang utuh dijumpai.  Sumber : id.wikipedia.org

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Nama

ADAT RESAM,2,air terjun,1,aki jabuk,1,Al fatihah,2,ALAM,1,alam mistik,2,anak pahang,1,anggun.,1,angpaw,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ARTIS,2,ASAM RONG,1,award,1,awek bertudung,1,awek cun,3,awek gebu,1,ayam kampung,1,bahagia rumah tangga,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bait-bait kata,1,Bandar Jerantut,4,BANDAR LAMA JERANTUT,1,bedah payu dara,1,BENCANA ALAM,2,benta,1,BERITA,2,Berita Semasa,2,berkoran apa sahaja,1,berlajar buat di blog,1,Bicara agama,21,BICARA HATI,1,Bila rindu ku sebut nama mu. siti fairuz.,1,biodata fazura,1,BLOG,1,Blog aku anak pahang,1,Blog mesra pengunjung,1,blogger jerantut,1,bobok,1,BOIKOT DURIAN TIMBANG,1,bolgger pahang,1,bolok,1,Broadband,1,BUAH KERDAS,1,BUAH-BUAHAN,1,BULUH LEMANG,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,Cerita Lawak,5,cerita malam jumaat,1,CERPEN,8,Cerpen Cerita Lawak,2,Cintai Negara,1,citer setan,1,comel,1,Coretan Kenangan,4,cuaca hari ini,1,Cuai,1,cucuk angin,1,cun,1,Doa untuk kekasih,1,duit raya,1,Elizabeth Taylor,1,EMPANG JEPUN,1,entri,1,Facebook,4,Fasha Sandha,1,FESTIVAL BETTER BEER 2017,1,GAJAH LIAR,1,gambang,1,GAMBAR ARTIS,1,gambar berkemban,1,GAMBAR HANTU (MISTERI),1,Gambar Klasik Pahang,4,GAMBAR PORNO SEX,1,gulai asam rom,1,gulai keladi,1,gulai rom kenerak,1,hakikat kehidupan,1,Hanis Zalikha,1,hantu,2,harga kelapa,1,hilang muntah,1,Hotel bercirikan Islamik di Jerantut.,1,IDOLA DAN SELEBRITI TERKENAL,1,IKAN STURGEON,1,info telur,1,INFORMASI,47,ISLAM,2,Jackie Chan,1,jalan-jalan carik apam,1,JBA,2,Jerantut,5,Julia Perez,1,Jupe,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,Kampong Lorong Buangkok | Kampung terakhir Singapura,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Keajaiban Allah.,1,KELADI KEMAHANG,1,kemahang,1,KEMERDEKAAN,1,Kena skodeng,1,Keputusan PRK Dun Merlimau dan Kerdau,1,Kereta kelisa,1,KERUH,1,KESULTANAN SULU,1,Kita cucuk dia dahulu,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KPDNKK,1,KUALA TAHAN,1,kubu jerantut,1,lata,1,lata jarum,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,lawa,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,Legging,1,LEKAT TULANG,1,Lelaki paling kerdil Junrey Balawing,1,Loghat Pahang,12,LPT,1,malam jumaat hujan,1,manis mulut,1,Maria Ozawa,1,Mat kilau,1,Mat Rempit.,1,mata lelaki,1,mata perempuan,1,Mata Wang,2,Matawang,2,MATAWANG NUMISMATIK,5,MATAWANG TAMPANG PAHANG,1,MEMAKAI CINCIN,1,mengopek,1,mimpi,1,mimpi mainan tidur,1,MINYAK CENUAI,1,MISTIK,2,munyusu,1,nak jadi popular,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,Osama bin Laden,1,p ramlee,1,Pahang,2,PAHLAWAN,1,Pahlawan Pahang,2,Pak pacak,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,pawang diraja,1,pawang nong,2,Pawng haji Mohamed,1,payu dara perempuan,1,Pekan sehari jerantut,1,PELANCONGAN,1,PEMBALAKAN PAHANG,4,Penawar rindu,1,pengantin malang,1,pengatain pening,1,Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012,1,penjawat awam muflis,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERKAHWINAN,1,PERMOTORAN,1,PERUMAHAN AWAM,1,PETUA MELEMBUTKAN DAGING,1,petua muntah-muntah,1,Petua tahan lama,1,POLITIK,3,potret cinta,1,potret kenangan,1,PRU,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,34,Pulau chekas,1,putih gebu,1,putu mayam,1,Ramadhan,4,Ramai yang mempersendakan Tsunami di Jepun,1,ramalan cuaca,1,Raub,1,reban ayam,1,Rendang Tak Berbuah,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,Risiko Berbolgger,1,rokok e-elektronik,1,rom jerantut,1,rumah pelacur,1,sambal hitam,1,sebab fasha berbikini...,1,sebelum dia cucuk kita.,1,SEJARAH NEGERI PAHANG,1,Sejarah Pahlawan,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,sekolah pawang nong ulu cheka jerantut,1,Seloka,4,Sembang Ramadhan,3,Sembang-sembang,13,SERANGGA,1,serlahkan keayuan mu,1,SUNGAI PAHANG,1,susu badan,1,syaitan,2,TACOMA,1,tajuk entri,1,takbir raya,1,Takbir raya masjidil haram,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,Taman Pedah Jaya,1,tampak anggun dan bergaya,1,TANJONG BESAR,1,tanjung besar,1,tapak pekan sehari,1,Teguran,6,TEKOMA,1,Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk,1,Telur palsu,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,tidak termimpi,1,tip meringankan blog anda,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,Tips membuat entri menarik.,1,tips tahan lama,1,TOKOH,1,TRANSAKSI,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ulu cheka jerantut,2,Ulu Dong,1,UP TOWN Jerantut.,1,Up Town Jerantut,1,usah mimpi,1,Usop Wilcha,1,Video,1,Warna warni hari ini,1,ZAKAT,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: INFO APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KOTAK HITAM PESAWAT?
INFO APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KOTAK HITAM PESAWAT?
http://4.bp.blogspot.com/-MoxjqupWBnE/Ux2YZ2uOqJI/AAAAAAAAR6Y/THjzWx8QaBI/s1600/Kotak+Hitam+Pesawat+black+box.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-MoxjqupWBnE/Ux2YZ2uOqJI/AAAAAAAAR6Y/THjzWx8QaBI/s72-c/Kotak+Hitam+Pesawat+black+box.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2014/03/info-apakah-yang-dimaksudkan-dengan.html
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2014/03/info-apakah-yang-dimaksudkan-dengan.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy