INDIVIDU YANG MENGAKU DIRINYA SULTAN MELAKA YANG SAH AKHIRNYA KENA CEKUP DENGAN PIHAK POLIS.
JASIN 14 Jan - Individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, Raja Noor
Jan Shah telah ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam kira- kira jam 10.45
pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Penahanan itu berlaku susulan satu laporan polis dibuat oleh Majlis
Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, petang semalam,
bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan Noor Jan yang mengaku sebagai Sultan Melaka.
Laporan polis yang dibuat itu diketuai Presiden MGBM, Zali Mat Yasin
dengan diiringi beberapa ahli EXCO majlis belia berkenaan, antara lain
memohon supaya polis bertindak segera ke atas individu terbabit bagi
mengelak lebih ramai masyarakat keliru dengan dakwaan dibuatnya selama
ini.
Sementara itu, semalam, kerajaan negeri meminta pihak
berkuasa mengambil tindakan ke atas seorang ahli perniagaan yang
mendakwa sebagai Sultan Melaka kerana ia mencabar Perlembagaan
Persekutuan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata
selain itu, tuntutan individu itu juga mencemar institusi Yang
di-Pertuan Agong yang menjadi ketua bagi Negeri Selat membabitkan Melaka
dan Pulau Pinang selain Sabah serta Sarawak.
"Noor Jan
didapati mencabar Perlembagaan yang digubal dan dipersetujui secara
bersama oleh semua pihak di negara ini dan tiada sebab beliau mahu
menafikan apa yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan itu.
"Sekarang, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak mengikut
undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada orang ramai yang keliru
dan terpedaya dengan gelagat beliau," katanya. - Sumber Facebook.
AAP - Banyak kelebihan dan istimewanya menjadi raja nie kut ?
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.