MAIN MENU

Footer Pages

2 Dis 2013

TERKINI : INFO KEADAAN BANJIR SEKITAR PAHANG BERMULA 02.12.2013

Keadaan hujan yang tidak berhenti selama beberpa hari ini menyebabkan kawasan-kawasan rendah di sekitar pahang terus dinaiki air berikut beberapa keping gambar yang dapat di kongsikan bersama disunting daripada halaman facebook :

 Kampung Baharu kuantan
Jalan Pekan - Kuantan
 Berhampiran Teluk Cempedak
Pekan Sungai Lembing
Pekan Sungai Lembing
Sungai Kuantan
Untuk makluman semua. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa paras air Sungai Kuantan di Sungai Lembing sudah melepasi paras berjaga-jaga.  Jika hujan lebat berlarutan dalam masa 2-3 jam dijangka akan berlaku kejadian banjir di kawasan-kawasan rendah. Mohon semua agensi terlibat bersedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Sumber : Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Kuantan. 02.12.2013
Bukit Sekilau
Padang Lalang
Perumahan Taman Guru Kuantan
Info berkaitan : Bacaan terkini paras air di setesen-stesen utama Daerah Kuantan sehingga jam 10.30 pagi 2/12/2013 (Isnin)
Sg Kuantan@Bukit Kenau –Paras Terkini (18.66m)Berjaga-jaga, Paras Biasa (17.00m);
Sg Belat @ Sri Damai–Paras Terkini (1.87m)Berjaga-jaga, Paras Biasa (1.50m);
Sg Kuantan @ Pasir Kemudi–Paras Terkini (4.28m)Berjaga-jaga, Paras Biasa (2.00m);
Sg Kuantan @ Kuantan By-pass–Paras Terkini (2.96m)Berjaga-jaga, Paras Biasa (0.60m);

Info yang kami dapati daripada Ulu Tembeling Jerantut. Keadaaan air sungai di bahagian ulu kian naik dan semakin sebak... difaham sesetengah kampung di bahagian ulu dikatakan sudah banjir.

Entri akan di kemaskini dari masa kesemasa...

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. Allah..dah start musim banjir ya.tula dlm minggu nie hujan terus2an.kat pekan pun sama, hujan lebat.

    BalasPadam
  2. baru ptg semlm ada kat teluk cempedak, takde apa2 berlaku lagi...ni gambo bila tu..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.