Kampung pandan 2
KEADAAN banjir di Pahang dilaporkan semakin teruk dengan lebih 5,000 orang mangsa sudah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di empat daerah.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran. Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi di Kuantan hari ini.
Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan. Di Kuantan, seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.
Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.
Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter. Dari laman Facebook Life @ Kuantan, kami memetik beberapa keping gambar yang Kuantan sedang dilanda banjir yang teruk. Beberapa gambar yang dikongsikan menunjukkan paras air yang sudah naik tinggi di beberapa kawasan.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.