MAIN MENU

Footer Pages

17 Nov 2013

GAMBAR KEMALANGAN NGERI 16.11.2013 : KM 30 GENTING HIGHLANDS - KUALA LUMPUR


 
 
Sekiranya anda berminat dan berniat nak melalui jalan ke Genting pada musim cuaca tidak menentu seperti hujan ribut dan sebagainya. Elok di fikir-fikirkan terlebih dahulu. Sememang malang itu tidak berbau. Sebaiknya semua pihak kena berhati-hati tidak kira jika anda seorang pemandu atau penumpang tak kira naik kereta besar atau kereta kecil. Diberitakan satu kemalangan ngeri telah berlaku di KM 30 Jalan Genting - Kuala Lumpur. Melibatkan 5 kenderaan iaitu Lori Tanker, Myvi, Hilux MPV dan sebuah kereta.
 

Myvi dikatakan telah terperosok dibawah lori tanker tersebut. Orang ramai membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Jumlah mangsa kematian tidak dapat dipastikan Sebaiknya di musim hujan seumpama ini tidak perlulah kita bersesak-sesak menunju kesana sememang jalan licin. Pasti situasi ini boleh mengundang bahaya tambahan pula jika kenderaan muatan berat seperti tanker itu mengalami masalah tentu pasti menyusahkan pihak lain.

Pandu cermat jiwa selamat. Jangan suka menanggung risiko jika sekiranya kawasan berkenaan boleh mengundang bahaya. Gambar Kredit Cari.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. x sanggup nak tgk pic nie...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.